Thursday, February 19, 2009

dedikasi utk yg single lagi...

untuk renungan bersama...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.Hanya berkaitan soal masa. Ia bagai meniti jambatan utk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Usia 25tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 sekiranya sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang kerana Allah mendengar...

Wanita baik untuk lelaki yang baik2,sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat2.Biar lambat jodoh asal mendapat mr/mrs right dan biar kita seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yg tidak beriman di kemudian hari.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.Kita selalu sangka-aku pasti akan bahagia jika mendapat itu dan ini. Hakikatnya,apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan, ia juga datang bersama masalah.Pakej la tu.Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagia mungkin ada tapi deritanya juga datang bersama. Semua benda pasti ada baik buruknya.

Demikian juga halnya dengan perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan dalam oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya. Tapi ia juga boleh jadi buruk sebab ramai juga yang berkahwin hidupnya bertambah kusut.

Ada orang yang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam rumahtangga. Bukankah dengan ijabkabul, selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yg terpaksa dipikul turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermatian2 membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata...

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, usahlah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak , carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu kerana kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar untuk berpaut tatkala cuba untuk mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala yang tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman,mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan-bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput. Namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Renung2kan dan selamat beramal....

No comments:

Post a Comment