Friday, March 20, 2009

Alahai tajul muluk...

Percayakah ada di kalangan kita yg melihat karkter seseorang berdasarkan hari kelahiran mereka. Dari situ, ia akan melihat sejauh mana kesinambungannya dari segi keserasian atau masa depan dan mengambil kira sama ada jodoh mereka boleh berpanjangan atau sebaliknya...
  • ISNIN- Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati2, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yg menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah, berapi2 dan menakutkan. Jarang mahu mengaku kalah dlm pertengkaran. Dlm percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Sexualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.
  • SELASA- Tabiat wanita ini suka mencari kesalahan org lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya. Hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya org tertentu saja tahu rahsianya. Keputusan tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dlm byk hal. Dlm soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dlm byk perkara.
  • RABU- Suka berdendam. Jika ada org berbuat jahat kpdnya, dia akan berbuat lebih jahat drpd orang itu. Namun, dia pandai dlm pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman drpd dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tak suka diperintah dlm bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yg tahu melembutkan hatinya. Dlm soal kewangan, dia pandai mencari duit, tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban krn cinta. Dari segi sexualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yg romantik.
  • KHAMIS- Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja dan bercita2 tinggi. Boleh terpikat kpd lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sblm bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dgn pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yg baik dan yg buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, tapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Sexualnya agak tinggi.
  • JUMAAT- Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yg berbahaya dan sia2. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dlm soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tak mudah berubah, cuma kadang2 tidak telus. Sexualnya sgt istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.
  • SABTU - Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dgn anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dlm byk hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita2. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir utk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Sexualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dgn kelembutan.
  • AHAD - Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2. Apabila bersuami, dia taat kpd suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dgr nasihat dan mudah terpedaya dgn kata2 orang lain. Antara keperibadiannya yg kurang disenangi adalah suka mngkritik orang, tetapi tidak suka orang mengkritiknya.Percintaannya tidak telus, tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan sexualnya agak tinggi.

Peringatan...sekadar utk renungan sahaja...Jangan terlalu mempercayainya kerana ia dihasilkan utk pembacaan sahaja...bak kata Nabil- Lu pikir lah sendiri...Jadi, renung2kan dan selamat beramal...ehehehe...

No comments:

Post a Comment