Monday, March 9, 2009

Balas Budi Melalui Doa

Dalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada tuntutan utk berbudi dan menerima budi drpd org lain. Sama ada di rumah, pejabat atau kejiranan, kita saling bergantung antara satu sama lain dan mahu tidak mahu harus belajar utk menabur budi, menerima dan menghargai budi yg diberikan org lain.

Berbudi tidak semestinya dgn wang ringgit dan harta benda. Tetapi budi juga boleh diberikan dlm bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, sokongan dan amalan baik.

Membalas budi pula tidak semestinya dgn menabur kebaikan yg sama. Tetapi memadai juga jika membalas kebaikan yg diterima dgn mendoakan kebaikan utk si budiman tersebut. Demikianlah yg dikatakan- orang berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa...

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud :

"Sesiapa yg berbuat baik kepada kamu, maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak terdaya membalasnya, maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yg berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur."
(Riwayat Tabrani)

No comments:

Post a Comment