Sunday, April 5, 2009

7 cara bagaimana menyintai wanita...

Untuk keadilan, i bg juga la tips utk uols member2 lelakiku...juga petikan dr majalah yg i baca...ehehe...buku study tak abes baca, majalah khatam dulu...

Mungkin anda tahu bagaimana menyintai wanita, tetapi selalunya kita tak beri perhatian terperinci mengenainya. Jadi bagaimanakah caranya?
  1. Berbicara dengannya. Layannya dengan baik. Dgr setiap patah perkataan yg cuba disampaikannya. Apabila berbincang, cuba imbangi pendapatnya, jangan terus membantah. Hoo..part nih, Boy dah ada skill...go boy...! 'B' to da 'O' to da 'Y'...goooo...wonderboy yeahhh...kahkahkah...
  2. Berikan dia ruang. Jangan terlalu mendesak. Jika dia minta bersendirian, hormati permintaannya. Jangan terlalu mengongkong.
  3. Bersikap sensitif dan ambil berat mengenai masalah melandanya. Bantu, beri dan tunjukkan jalan penyelesaian. Tunjukkan kepadanya yg anda ambil berat. haaa...part nih tuan kechik mmg superb...okeylah tuu...ecececehhh...senyum!!
  4. Jangan mencaci, mencarut atau memanggilnya dgn nama kurang sopan. Jangan pukulnya. Layani dia dgn penuh rasa homat, kasih sayang dan kepercayaan. i tell u...hancur luluh jiwa raga yg mmg dah luluh ni bila dikata 'iblis'...syaiton dan iblis walaupun sama kategori, tp diorang berlainan degree,konvo pun hari lain2 tau dak...?!jgn disamakan...isy,isy,isy...
  5. Lakukan perkara menyeronokkan bersamanya. Jangan biarkannya bosan dgn anda. Jangan lupa membuatnya ketawa. Part ketawa nih tuan kechik n tuan besar mmg master...gelak sampai gegor2 kurusi...bak kata lynn.
  6. Romance. Jangan biarkan ia pudar walau sedikit dlm perhubungan anda. Jika sblm berkahwin, ke bulan pun anda ingin bawanya, jgn plk lps kawin bila dia minta temannya ke kedai pun mengeluh... tu belum lg bab pegi buat pregnancy check-up kt hsptal sorang2...hoo, masa nak 'buat', sama2...bila time check-up, wife pegi sendiri...tu pun kalau wife jenis setia, pegi la sorang2...kalau jenis ada 'kekasih gelapku', dia ajak 'kekasih gelapku' yg tak berape nak bijak n menyanggup ajer tu pg temankan...padan muka dpt wife yg tak hagak2 nak cureng...awek 'kekasih gelapku' jgk yg mkn dlm...tak tercapai akalku..!!
  7. Paling penting sekali, hormatilah falsafah, kepercayaan, cita-cita dan ideanya.

Ada paham...? See, tak payah pun kena ada skill 'ayat2 power'...oldschool tau...teringat petikan kata-kata linda onn dlm blog dia.."Mahu kahwin dengan lelaki yang jujur,setia,baik hati,hormat wanita,tak mengongkong,tak kasari wanita,sentiasa sokong Linda untuk berjaya (bukan berlumba dengan Linda),percaya mempercayai,tidak mungkir sumpah dan janji,tidak cemburu buta,open minded,sentiasa menyayangi Linda seikhlasnya tanpa ada niat lain,tidak mendabik dada dan menghormati ibu ayah Linda. Kalau lelaki itu seorang yang alim,biarlah perangai dan tingkah lakunya seiring dengan ke'alim'annya... Tidak mudah melatah dan tidak mendengar cakap-cakap orang lain mengenai Linda. Bukan harta kekayaan yang Linda cari tetapi lelaki sejati. :-) I sependapat ngan linda...walaupun i minat gak kat fahrin...ehehe...tetiba bila terbaca apa yg linda tulis tuh, hati wanita ada cket tersentuh n faham apa yg dia rasa...uhuhu...kita serupa...

tu ajer..bubbye.

No comments:

Post a Comment