Wednesday, April 8, 2009

Tahniah...



Calon PAS Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menang pada pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi Dewan Rakyat kawasan Bukit Gantang. Sekaligus, kemenangan Ir Nizar memberi gambaran jelas bahawa pengundi Bukit Gantang memberi isyarat bahawa mereka menyokongnya selaku Menteri Besar Perak yang sah.

Serangan peribadi ke atas Nizar termasuk memainkan isu "derhaka" yang dilaung-laungkan nampak telah ditolak sama sekali oleh rakyat yang mengundi.

Nizar memperolehi 21,860 undi berbanding dengan 19,071 yang memihak kepada calon BN/UMNO Ismail Safian dan 62 kepada calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kemenangan PAS di kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 2008 bukanlah sesuatu yang secara kebetulan tetapi atas sokongan rakyat yang kukuh.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau, calon PKR S. Manikumar meraih kemenangan yang terus memperlihatkan sokongan padu rakyat.Manikumar menewaskan calon BN S. Ganesan dan 13 calon Bebas. Manikumar memperolehi 12,632 undi manakala Ganesan sebanyak 10,229 undi untuk memperolehi majoriti 2,403 undi. Semua 13 calon Bebas hilang wang pertaruhan.

Tahniah kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dan S. Manikumar.Dalam satu lagi pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi DUN Sarawak bagi kawasan Batang Ai, calon BN menang dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR.

p/s : I bukan ahli politik atau ahli mana-mana parti politik...tetapi sebagai orang awam yg ada latar belakang pendidikan dlm bidang politik i cuma tak mahu mengongkong diri sendiri utk tabsub kpd satu2 pihak...krn i percaya dlm apa jua persoalan politik yg timbul kita hanya ada 2 pilihan...dan pilihan itu bukanlah sama ada hendak memilih antara BA atau BN, PAS atau UMNO, kerajaan atau pembangkang...tetapi pilihan yg ada adalah sama ada utk melihat dari 'mata burung' atau melihat dari dlm tempurung...wahhh...ada falsafah di situ buat yg faham,suci dan mengerti...tiada falsafah buat yg keji...ehehehe...renung2kan.

No comments:

Post a Comment