Selesai renew lesen, saya terus ke Balai Polis Tun HS Lee untuk buat report. Tak tunggu lama pun, memang segalanya dipermudahkan...dari parking, dapat par kereta bawah jambatan tak jauh dari balai tu...lepas tu, masuk balai nak buat report pun tak perlu beratur untuk dapatkan giliran sebab memang dah isi form siap-siap semalamnya...jadi tinggal tunggu untuk buat report je depan polis...itu pun tak amik masa yang lama..tak sampai 5 minit dah settle..
selesai buat report, saya diminta untuk proceed ke blok bangunan belakang untuk next step, iaitu beri keterangan kepada IO pulak. Ini pun tak ambil masa lama, dalam 5 minit camtu dah kena panggil giliran masuk ke dalam. Bagus IO tu tak soal banyak pun, just maklumkan details kejadian dan diambil butiran-butiran penting dah selesai dan dia minta saya proceed ke step seterusnya iaitu ambil gambar kenderaan yang rosak...
Tapi waktu ni, saya dan kawan saya dah kelaparan. So kami singgah cafe balai untuk lunch awal. Kemain lagi masing-masing makan sedap dengan lauk ikan patin bagai, tapi lepas makan...bole pulak kami lupa nak bayar...terus menonong je ke kereta untuk bagi polis ambil gambar kereta yang dilanggar...bagus tak...selambe betul buat jenayah - makan free, dalam balai kan....
kami sedar yang kami belum bayar lagi makanan tu masa dah sampai ke Honda PJ untuk pihak honda buat inspection, ambil gambar untuk claim insurans dan repair bonet kereta yang rosak tak boleh nak ditutup tu....aduhai..takkan nak patah balik...dengan jalan jem nak ke area balai tu lagi...pastu nak mengejar masa untuk balik ke ofis lagi, sebab banyak kerja yang nak diselesaikan...lagi pula, kalau kami keluar dalam waktu pejabat melebihi 4 jam, dah kena ambil cuti rehat pulak..padahal tak boleh nak bercuti sebab ada banyak kerja nak diselesaikan...so kami decide, bayar duit makan tu kemudian je...masa ambil police report nanti...hehehehe
Sebelah malam, balik kerja je tiba-tiba dapat call dari member UM. Mereka ajak lepak sebab salah seorang coursemate kami datang KL ada kursus. Lama tak jumpa kan. So, keluar la juga. Itu pun sebab member saya kata dia boleh datang ambil kat rumah.
Memang rezeki saya la, masa tengah dinner dapat tahu member saya tu kerja di syarikat insurans yang pihak Honda kata susah nak dapatkan claim insurans yang saya pakai tu..akan ambil masa dekat sebulan...bila saya cerita kat member saya tu, alih-alih dia terus whatsapp head of claim department untuk bantu...memang rezeki saya la dipermudahkan lagi urusan...2 hari lepas tu je terus saya dapat mesej dari pihak insurans yang claim saya telah diluluskan...dan 2 hari kemudian, pihak Honda pulak call untuk book appointment saya hantar kereta untuk dibaiki...
Sekarang tinggal tunggu kereta siap je...terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu. Syukur alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala urusan saya...