Saturday, March 23, 2019

My Friend's Wedding...

My officemate dah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya. Plan asal, kawan saya ni minta saya jadi pengapitnya...tapi apekandaya, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan... seminggu sebelum wedding dia baru saya tersedar persidangan dewan rakyat dah bermula dan mesyuarat rutin yang saya handle telah dipinda dari hari Rabu ke Jumaat.

Plan awal-awal dulu, kononnya saya akan ambil cuti or halfday kerja dan ke kuala Selangor untuk stay 1 malam, so that saya boleh bantu kawan saya ni bagi persiapan akhir majlis dia tu. Sudahnya, semua plan kena tukar. Sebab saya bukan sahaja tak boleh cuti, halfday pun tak boleh sebab mesyuarat diadakan pada sebelah petang. Nasib baik la kawan saya ni sempat cari pengganti pengapit dia tu...kalau tidak, mahu saya kena pelangkung dengan dia... sabo jelah~

Dapat pergi ke wedding dia pun buat cukupkan syarat je...maklumlah, saya tak cukup tidur sebab semalaman menyiapkan minit mesyuarat. Itu pun saya gerak awal ke majlis dia, sempat sampai masa dia tengah akad nikah... jumpa dia sekejap untuk ambil gambar dan kemudian pergi makan. Lepas makan terus balik, sebab saya nak kena siapkan separuh lagi minit mesyuarat tu...




Balik petang tu, tersu sambung siapkan minit mesyuarat. Alhamdulillah sebelum maghrib dah siap semuanya. Malam tu apalagi, saya pun qado' tido laa....penat woo....


Thursday, March 21, 2019

Rezeki free...dinner orang belanja...

Balik kerja je, saya dapat mesej whatsapp dari exboss - Che Nad...dia tanya saya dah makan ke belum. Bila saya reply kata baru balik office dan belum makan lagi, terus dia minta saya bersiap dan akan ambil saya di rumah jam 6.00 petang untuk dinner di Hotel Le Meredien Putrajaya.





Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...

Saturday, March 16, 2019

Staycation lagi..

Staycation lagi...kali ini, kami stay di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur. Misi kali ini simple saja....nak mengqado' tido...ehehehe... 

Penat betul seminggu kerja. Tambah-tambah lagi minggu ini minggu pertama kena handle mesyuarat rutin yang bertukar jadual ke hari Jumaat bagi memberi laluan YB Menteri fokus kepada persidangan dewan rakyat...malasnya bila mesyuarat dah bertukar ke hari Jumaat, means tak dapat la saya pergi hangouts malam Jumaat...sebab kena stayback untuk siapkan minit mesyuarat...lagi haru kalau urusan penyediaan minit mesyuarat tu dragged sampai ke Sabtu...hilang la satu hari minggu untuk rehatkan badan...ape nak buat kan?! selagi belum tutup mata...kerja, kerja, kerja....







Tuesday, March 12, 2019

Juadah berbuka puasa saya arini..

Juadah berbuka puasa arini, masak sendiri je kat rumah. Asalnya tadi masa kat ofis, tak tahu nak masak apa...tapi tekak terasa nak makan megi kari je...tapi bila dah sampai rumah, tiba-tiba roh rajin rasuk...

Lepas tengok bahan-bahan nak masak cukup, saya pun gigih la mula menguli tepung, nak buat roti puri...lepas tu masak sambal sardin pedas-pedas untuk buat pe cicahnya...jadi la kann...


Selamat berbuka kepada yang berpuasa juga arini ye...😉

Monday, March 11, 2019

Brunch arini

Alhamdulillah...bahagia je rasa arini dapat brunch nasi ambeng special delivery penuh kasih sayang dari Puan Siti...memang heaven sungguh ðŸ˜‰ cuma nasi ambeng arini murtad sikit sebab  tak jumpe tempe pun..hahaha..yang lain-lain especially serunding kelapa dia mmg superb!! Terbaekkk... memang habis licin saya makan...



Saturday, March 9, 2019

Berbengkel di PICC

Selesai berbengkel seharian @ PICC + csr selingan di rumah YBhg. Datuk KSP...blk umah disambut ujan ribut yg suspen giler..haha...apapun, syukur sgt2 atas segala rezeki yg xpenah putus sy di sini...Alhamdulillah~



Thursday, March 7, 2019

Lagi Citer Eksiden...

Selesai renew lesen, saya terus ke Balai Polis Tun HS Lee untuk buat report. Tak tunggu lama pun, memang segalanya dipermudahkan...dari parking, dapat par kereta bawah jambatan tak jauh dari balai tu...lepas tu, masuk balai nak buat report pun tak perlu beratur untuk dapatkan giliran sebab memang dah isi form siap-siap semalamnya...jadi tinggal tunggu untuk buat report je depan polis...itu pun tak amik masa yang lama..tak sampai 5 minit dah settle..

selesai buat report, saya diminta untuk proceed ke blok bangunan belakang untuk next step, iaitu beri keterangan kepada IO pulak. Ini pun tak ambil masa lama, dalam 5 minit camtu dah kena panggil giliran masuk ke dalam. Bagus IO tu tak soal banyak pun, just maklumkan details kejadian dan diambil butiran-butiran penting dah selesai dan dia minta saya proceed ke step seterusnya iaitu ambil gambar kenderaan yang rosak...

Tapi waktu ni, saya dan kawan saya dah kelaparan. So kami singgah cafe balai untuk lunch awal. Kemain lagi masing-masing makan sedap dengan lauk ikan patin bagai, tapi lepas makan...bole pulak kami lupa nak bayar...terus menonong je ke kereta untuk bagi polis ambil gambar kereta yang dilanggar...bagus tak...selambe betul buat jenayah - makan free, dalam balai kan....

kami sedar yang kami belum bayar lagi makanan tu masa dah sampai ke Honda PJ untuk pihak honda buat inspection, ambil gambar untuk claim insurans dan repair bonet kereta yang rosak tak boleh nak ditutup tu....aduhai..takkan nak patah balik...dengan jalan jem nak ke area balai tu lagi...pastu nak mengejar masa untuk balik ke ofis lagi, sebab banyak kerja yang nak diselesaikan...lagi pula, kalau kami keluar dalam waktu pejabat melebihi 4 jam, dah kena ambil cuti rehat pulak..padahal tak boleh nak bercuti sebab ada banyak kerja nak diselesaikan...so kami decide, bayar duit makan tu kemudian je...masa ambil police report nanti...hehehehe

Sebelah malam, balik kerja je tiba-tiba dapat call dari member UM. Mereka ajak lepak sebab salah seorang coursemate kami datang KL ada kursus. Lama tak jumpa kan. So, keluar la juga. Itu pun sebab member saya kata dia boleh datang ambil kat rumah.

Memang rezeki saya la, masa tengah dinner dapat tahu member saya tu kerja di syarikat insurans yang pihak Honda kata susah nak dapatkan claim insurans yang saya pakai tu..akan ambil masa dekat sebulan...bila saya cerita kat member saya tu, alih-alih dia terus whatsapp head of claim department untuk bantu...memang rezeki saya la dipermudahkan lagi urusan...2 hari lepas tu je terus saya dapat mesej dari pihak insurans yang claim saya telah diluluskan...dan 2 hari kemudian, pihak Honda pulak call untuk book appointment saya hantar kereta untuk dibaiki...

Sekarang tinggal tunggu kereta siap je...terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu. Syukur alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala urusan saya...


Wednesday, March 6, 2019

masak-masak arini...

Dinner mlm ni, melayan pembawakan tekak...lauk simple je, tp bila msk sendiri baru rasa heaven...okay la, utk mkn sendiri...bole repeat 2-3 kali or byk hari...sbb iols x reti msk portion sikit ni...

Kali ni saya masak lauk pucuk manis masak lemak putih berlabu dan sambal telur dan ikan bilis.. jadi ler...janji puashati


Tuesday, March 5, 2019

citer eksiden - part 1 & 2

Part 1

Alkesahnya isnin lepas, gara-gara stress dgn bigbos pagi2 dah membebel..habis office hour, saya ajak officemate jalan-jalan ke KL..saje nak release stress...

Tapi tak sangka pulak makin bertambah stress..

Masa di Highway MEX, tengah berhenti sebab kesesakan jalan, tiba-tiba kereta kat belakang langgar kereta saya...aduhai... blank kejap tak tahu apa nak buat...

Officemate saya boleh pulak tanya, "kenapa dia nak langgar ko?!" Dan spontan tu saya jawab, "ada kereta yang tak sempat break la kot langgar dia kat belakang". Lepas tu officemate saya keluar dari kereta untuk tengok keadaan..saya menyusul kemudian sebab ambil masa untuk stabilkan emosi..haha

Peliknya bila dah keluar, tengok-tengok memang kereta kami berdua je yang terlibat. Dari situ officemate saya put pressure kat budak cina yang melanggar tu...last-last baru dia mengaku tak sengaja tekan pedal minyak sebab leka menjawap telefon bimbit..bila tahu je macam tu memang naik hantu la kami...budak tu lesen P lagi, tapi dah berlagak memandu sambil menggunakan telefon bimbit...macamana kami tak menyirap!! Tengok gaya macam student je...busy sangat ke sampai tak boleh nak buat call later...adoiii

Budak tu agaknya dah tak tahu nak buat apa, sebab officemate sy pun kemain garang...dia pun call la emak dia dan bagi saya bercakap dengan emak dia..dari perbualan dengan emak dia, dah terkantoi pulak yang dia menipu kami.. sebab sebelum tu dia kata emak dia call dan dia kena jawap call tu...masa saya cakap dengan emak dia, emak dia minta supaya saya tak buat report polis sebab lesen anak dia P lagi...taknak ada apa-apa effect..jadi, saya sergahlah emak dia, cakap "you dah tahu anak you masih lesen P and tengah drive, kenapa you still call dia?" Alih-alih emak dia cakap, "i mana ada call dia, dia yang call i baru ini sebab nak bagitahu dia accident".

Bertambahlah kemarahan saya...sebab budak tu, dah buat salah lepas tu nak menipu lagi...so akhirnya kami decide untuk settle di balai

Kemain gigih kami ke balai tun hs lee...tapi bila sampai giliran nak buat report, kat depan pegawai polis tu baru saya sedar lesen memandu saya dah expired masa birthday saya aritu..adushhh

Mujurlah polis tu tak saman saya. Dia kata balik dulu, esok pagi pergi renew lesen tu dan datang balik untuk buat report. Sebab  boleh buat report dalam tempoh 24jam.

Masa saya beritahu officemate saya yang lesen saya dah mati, dia punya muka macam nak tumbuk saya. Ahaha. Tapi sebab benda dah jadi, saya abaikan la respons dia tu dan cuba fikirkan macam mana nak selesaikan hal renew lesen ni...tiba-tiba terlintas kat kepala nak try ke pejabat pos di midvalley sebab officemate saya kata dia check kat google, pejabat pos tu ditutup jam 10 malam. Tak lengahkan masa, kami terus berkejar ke midvalley...tapi kecewa sebab pejabat pos tu dah tutup jam 6 petang. Hurm tak ada rezeki...kena jugak settlekan keesokan hari.. padahal masing-masing banyak kerja lak tu...aduhai~

Part 2

So, pagi Selasa saya datang awal ke office. Sebab nak siapkan urusan kerja sebelum keluar uruskan hal renew lesen dan laporan polis tu. Sampai je kat office, kebetulan ada 2 orang staff saya dah sampai awal. Dua-dua share pengalaman masing-masing..alih-alih seorang staf saya sudi bantu untuk hantarkan saya ke jpj di galeria, putrajaya..kami bertolak seawal jam 7.30am sebab kata staff saya kalau sampai awal mungkin dapat selesai awal, tak ramai orang. Memang betul pun, masa saya sampai, dapat nombor ketujuh. Sebelum jam 8.30am urusan renew lesen tu dah selesai. Alhamdulillah.




Saturday, March 2, 2019

Another staycation

Another staycation this year...kali ni kami stay di Renaissance Hotel KL untuk meneruskan misi che nad ke sukan komanwel..done brisk walk @pavilion ptg td..hihihi










Wednesday, February 27, 2019

Projek Air Mata Kucing

Ya Allah..rasa syukur sgt2. Dr semlm dok fikir nk buat lai chee kang..so, plan nk gi beli bhn2 lps ofis nanti...tp td lps setup blk mesy, singgah gerai buah kt ofis ni..alih2 jumpa mata kucing, kurma merah n gula kundur ni..terus beli...takyah dah p mall lps ofis ni...Alhamdulillah. Mcm heaven btl la ofis sy ni..apa sy nk slalunya dpt je..lps ni nk wish jumpa jodoh dgn hans isaac la kt mof ni..mana la tau masin mulut ni kan ðŸ˜‰ ahaks! Sayg mof ketat2...kalau bole rs nk peluk bangunan ofis ni...seb baik la besar...ahahaha



Monday, February 25, 2019

Port Lepak Baru di Ofis

Sekarang ni dah ada port baru untuk lepak di ofis. Sebab Gloria Jeans Coffee dah buka cawangan di lobi ofis. So, lepas ni kalau nak minum kopi tak payah la saya nak drive keluar ofis sebab dah boleh beli je GJC ni. Masa majlis perasmian pembukaan cafe ni secara rasmi, saya berpeluang untuk join sekali. Bukan sahaja dapat makan free, kami juga dapat secawan coffee free...









Saturday, February 23, 2019

Tekak samurai

Early dinner with my sista gengsta @ sushi zianmai ...dua2 mmg perut samurai...dozo ðŸ˜‰






Saturday, February 9, 2019

Hadiah bufday feveret...

Dapat hadiah bufday dari bunda, Puan Siti... set pinggan mangkuk antik corak bunga kangkung yang dah bertahun lama saya cari untuk buat koleksi sendiri...

Dulu arwah uwan (nenek sebelah mama) ada bagi satu pinggan..itu la yang saya guna untuk makan hari-hari...makan sambil feeling-feeling "bawang putih, bawang merah"..hahaha...tapi lepas family saya pindah-randah entah mana la pinggan tu..dah pecah agaknya...


Terima kasihlah kat pn siti sebab hadiahkan saya set ni...makin bertambah semangat la nak makan lepas ni...hehehe


Friday, February 8, 2019

Berjimba di Pavilion

Sementara masih cuti sekolah kan jalan clear lagi, so semalam lepas ofishour kami pun decide nak jalan-jalan di KL... tapi as usual, takde plan nak ke mana pun...kejap nak ke midvalley, tiba-tiba tengah jalan tukar plan ke nak ke sogo pulak...alih-alih salah amik jalan sebab traffic light tu dah ta boleh nak buat right turn...so, tukar lagi plan...akhirnya kami ke Pavilion...sebab hujan lebat giler semalam. KL kan kalau hujan lebat semacam, air naik bertakung kt jalan...tapi Alhamdulillah, cepat jugak kami dapat masuk ke parking dan selamat sampai ke pavilion tu...


Masih mood cuti CNY...jadi deco pun masih ada lagi, siap bole tempah baju tradisi chinese lagi...ada lion dance bagai...nice...


Kami pun macam biasalah...bergambar lagi dan lagi dan lagi...


Yang bestnya kat pavilion ni, ada kedai-kedai choc yang saya suka Patchi...cuma ingatkan dapatlah beli sikit untuk lepas kempunan...tapi masalahnya, salesgirl kat situ buat tak reti je kat saya...as if saya ni tak berduit sangat nak membeli...dia dok layan 2 orang nyonya yang nak beli kat situ je...lama kot dorang dok memilih...malas betul nak tunggu...menyampah~

Last-last kami jumpa kedai godiva...dapat la jugak membeli choc akhirnya...sebab salesperson kat situ tak sombong dan ramah melayan...

Jadi, moralnya...kalau ramah, murahlah rezeki...





Wednesday, February 6, 2019

Ala-ala macgyver 😉

Alkisahnya hari tu, pintu bilik tidur saya rosak. Habis terkunci tak dapat nak masuk. Berpeluh jugaklah karate nak bukak balik pintu bilik tu...sudahnya, habis rosak tombol pintu tu saya kerjakan...


So, sempena cuti panjang Chinese New Year ni la baru saya ada masa nak pergi beli tombol baru untuk repair tombol pintu yang rosak tu. Haa...jangan terkejut ye. Saya boleh repair sendiri tombol pintu tu...saya belajar dari youtube je...sebenarnya dah lama saya belajar dan pernah repair sendiri untuk ganti tombol pintu..

Teringat dulu masa first time berjaya repair tombol pintu tu, saya masih kerja di cabby.net...masa tu ayahanda SUB saya nampak risau sungguh...sebab dia kata, dia risau kalau saya dah terlalu independent boleh repair itu ini sendiri, nanti lama-lama risau saya akan rasa takde keperluan untuk cari pasangan hidup...sebab dah terlampau biasa berdikari...fuhhh, sampai ke situ difikirnya....tapi bila difikir-fikirkan balik, macam ada kebenarannya....

Cuma...apekandaya, jodoh kan rahsia Allah. Selagi belum bertemu jodoh, saya kenalah berdikari untuk survive...betul tak? 😉

Deco tanpa cela

Dah lama sebenarnya saya nak deco dinding kat runah dengan frame-frame motivational or islamic yang cantik-cantik...tapi risau dinding x cantik kalau digerudi...tak pandai gerudi pun iye jugak...

Sebelum ni jenuh la tekan frame dengan post-it tack...kalau nasib baik, elok la frame tu tergantung...kalau tak, standby la frame tu jatuh...


Tapi lepas terbaca kat satu blog ni pasal sticker command ni, terus gigih cari. Baru tahu rupanya sticker ni kita boleh beli ikut berat frame tu untuk make sure frame atau apa sahaja yang kita nak gantung tak terjatuh..menarik kan?


Lebih menarik lagi bila kita berjaya gantung segala hiasan yang kita nak di dinding...satu kepuasan juga dapat deco rumah kita tanpa apa-apa cacat cela...


Lagi best...esok-esok bila kita nak tanggalkan frame tu, mudah sahaja...ada diajar pada pek tu...senang sangat...tinggal tarik je sticker tu...


Tercapai juga impian saya untuk beli dan gantung frame kalimah Allah dan Muhammad SAW ni...nanti nak cari ayat-ayat suci Al-Quran pulak...

Wish me luck...


Tuesday, February 5, 2019

My family portrait 😉

Semalam kami adik-beradik berkumpul di rumah arwah parents kami. Asalnya sebab ada staff puspakom nak datang rumah untuk buat inspection kereta-kereta arwah abah yang dah lama kami tak sempat nak urus renew roadtax..tapi dah alang-alang datang rumah tu, kami pun berkemas la apa-apa yang patut..ambil barangan seperti pinggan mangkuk, barang hiasan dan cuci langsir, alas meja, cadar dan sarung bantal&kusyen semuanya...


Tengah berkemas, terjumpa koleksi gambar kami sekeluarga...siap ada family tree lagi...maybe tu hasil tangan arwah abah kot..


Nampak tak siapa yang paling retis dalam gambar tu...ahahaha...

My Sis and I...macam baju je yang sama kan...haha

My parents masa muda-muda...

Marah betul my abang bila saya post gambar family tree ni kat status wassup...ahaha


Sunday, February 3, 2019

Today is my bufday...

Mlm td tiba-tiba batchmates ajak mengeteh kat kelana jaya la plk...my friend si mamat tu gigih amik kat umah...cuma yang geramnya dia bagi 10 minit je untuk bersiap...and i was like, "whatttt...??" Hahaha...tapi nasib baik jugakla dia sesat...sempat la jugak nak bersiap elok2..haha

Ni jelah yang dapat join ngeteh malam tadi...dorg siap nyanyi lagu bufday...cuma masa dorang nyanyi tu rasa suspen la jugak..risau dorg buat giler...tp naseb baik semuanya okay je...sweet dorg ni...haha

Hari ni my birthday lunch treat dengan family pulak. Kami makan steambot & grill kat the curve je sebab memang dah lama plan nak try makan kat situ...heyyy...situ memang sedap dan berbaloi-baloi...makan sampai sekak perut...

Lepas lunch...kami ronda-ronda the curve. Kebetulan lion dance show...kemain ralit masing-masing tengok lion tu melompat-lompat dari satu tiang ke satu tiang tinggi tu...tapi sekali-sekala bila terselak kepala lion tu, bole nampak yang tengah melompat dalam singa tu, lelaki india kot...hebat malaysia ni...betul-betul majmuk...
Sesekali dapat jumpa anak-anak saudara ni, baru sedar...dah makin besar masing-masing. Yang sulung, abang ajim pun dah kemain besar dari achik dia ni..fuhh

Anak saudara yang paling kecik ni jelah yang masih kecik saiznya..tapi mood dia okay hari ni...pantang sua camera je kemain lagi dia happy dok posing...
Sesi mengopi kami kat starbuck je...sebab anak-anak saudara semuanya memang dari kecik memang dah addicted to starbucks ni...aduhai...sabo jelah..

Anyway....thank you semua atas doa, ingatan dan semua birthday wish...happiest 4 series so far...thank you so much...lots of love!!! Muahhhh....