Part 1
Alkesahnya isnin lepas, gara-gara stress dgn bigbos pagi2 dah membebel..habis office hour, saya ajak officemate jalan-jalan ke KL..saje nak release stress...
Alkesahnya isnin lepas, gara-gara stress dgn bigbos pagi2 dah membebel..habis office hour, saya ajak officemate jalan-jalan ke KL..saje nak release stress...
Tapi tak sangka pulak makin bertambah stress..
Masa di Highway MEX, tengah berhenti sebab kesesakan jalan, tiba-tiba kereta kat belakang langgar kereta saya...aduhai... blank kejap tak tahu apa nak buat...
Officemate saya boleh pulak tanya, "kenapa dia nak langgar ko?!" Dan spontan tu saya jawab, "ada kereta yang tak sempat break la kot langgar dia kat belakang". Lepas tu officemate saya keluar dari kereta untuk tengok keadaan..saya menyusul kemudian sebab ambil masa untuk stabilkan emosi..haha
Peliknya bila dah keluar, tengok-tengok memang kereta kami berdua je yang terlibat. Dari situ officemate saya put pressure kat budak cina yang melanggar tu...last-last baru dia mengaku tak sengaja tekan pedal minyak sebab leka menjawap telefon bimbit..bila tahu je macam tu memang naik hantu la kami...budak tu lesen P lagi, tapi dah berlagak memandu sambil menggunakan telefon bimbit...macamana kami tak menyirap!! Tengok gaya macam student je...busy sangat ke sampai tak boleh nak buat call later...adoiii
Budak tu agaknya dah tak tahu nak buat apa, sebab officemate sy pun kemain garang...dia pun call la emak dia dan bagi saya bercakap dengan emak dia..dari perbualan dengan emak dia, dah terkantoi pulak yang dia menipu kami.. sebab sebelum tu dia kata emak dia call dan dia kena jawap call tu...masa saya cakap dengan emak dia, emak dia minta supaya saya tak buat report polis sebab lesen anak dia P lagi...taknak ada apa-apa effect..jadi, saya sergahlah emak dia, cakap "you dah tahu anak you masih lesen P and tengah drive, kenapa you still call dia?" Alih-alih emak dia cakap, "i mana ada call dia, dia yang call i baru ini sebab nak bagitahu dia accident".
Bertambahlah kemarahan saya...sebab budak tu, dah buat salah lepas tu nak menipu lagi...so akhirnya kami decide untuk settle di balai
Kemain gigih kami ke balai tun hs lee...tapi bila sampai giliran nak buat report, kat depan pegawai polis tu baru saya sedar lesen memandu saya dah expired masa birthday saya aritu..adushhh
Mujurlah polis tu tak saman saya. Dia kata balik dulu, esok pagi pergi renew lesen tu dan datang balik untuk buat report. Sebab boleh buat report dalam tempoh 24jam.
Masa saya beritahu officemate saya yang lesen saya dah mati, dia punya muka macam nak tumbuk saya. Ahaha. Tapi sebab benda dah jadi, saya abaikan la respons dia tu dan cuba fikirkan macam mana nak selesaikan hal renew lesen ni...tiba-tiba terlintas kat kepala nak try ke pejabat pos di midvalley sebab officemate saya kata dia check kat google, pejabat pos tu ditutup jam 10 malam. Tak lengahkan masa, kami terus berkejar ke midvalley...tapi kecewa sebab pejabat pos tu dah tutup jam 6 petang. Hurm tak ada rezeki...kena jugak settlekan keesokan hari.. padahal masing-masing banyak kerja lak tu...aduhai~
Part 2
So, pagi Selasa saya datang awal ke office. Sebab nak siapkan urusan kerja sebelum keluar uruskan hal renew lesen dan laporan polis tu. Sampai je kat office, kebetulan ada 2 orang staff saya dah sampai awal. Dua-dua share pengalaman masing-masing..alih-alih seorang staf saya sudi bantu untuk hantarkan saya ke jpj di galeria, putrajaya..kami bertolak seawal jam 7.30am sebab kata staff saya kalau sampai awal mungkin dapat selesai awal, tak ramai orang. Memang betul pun, masa saya sampai, dapat nombor ketujuh. Sebelum jam 8.30am urusan renew lesen tu dah selesai. Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment