Thursday, November 29, 2018

Majlis Dinner @office...

Isnin lepas ada majlis dinner apresiasi di office...temanya black & gold...tema simple je, tapi biasalah...bila time kita nak carilah, jenuh cari xjumpa...dress ke...shawl ke...kssut ke...handbag ke...satgi dh lps majlis, cuba la jalan2 kat mall...time tu la baru terhegeh-hegeh jumpa barang2 yg kita nak tu...haish...selalu camtu....





Btw..majlis went well. Even YB Menteri pun nmpknya berpuashati...yg penting semua happy...happy aje...😉

Wednesday, November 14, 2018

Ubat Hati Lara


Sejak transfer kerja di Putrajaya ni, saya amalkan bacaan Yassin setiapkali selepas solat Subuh dan apabila berkelapangan atau hati dalam kesedihan saya akan baca Yassin 7 Mubin. Salah satu doa dan harapan saya, kuat dalam hati berharap agar dapat petunjuk Allah SWT tentang si A ni.

Dengan semua yang dah terjadi kepada saya dan orang sekeliling saya sejak saya amalkan bacaan surah Yassin tersebut, saya simpulkan, Allah telah bagi saya jawapan iaitu Allah taknak saya membazir masa dan perasaan lagi terhadap si A ni seperti mana saya bazirkan untuk ex-bf saya dulu. Lebih beberapa tahun kot saya buang masa. Bagi saya, ni semua bukan kebetulan tapi benar petunjuk dari Allah SWT kerana saya betul2 minta kepadaNya dan dia Maha Mendengar. Mesti korg kate “eh, bukan Yassin 7 Mubin ni untuk cari barang berharga yang hilang ke? Apa barang kes budak ni?” Yup. Barang saya ini lebih berharga berbanding segalanya iaitu seketul hati. Hati yang tidak khusyuk solat sebab mengingati ajnabi. Hati yang merindui sesuatu yang tidak halal. Hati yang semakin pudar dalam mengingatiNya. Jadi Allah telah pulangkan hati saya supaya hanya mencintai dan merinduiNya. Tiada yang lebih berharga dari hati yang mengingati Pencipta. Maka dengan kekuatan yang ada, saya pilih teruskan hidup dan melupakan si A ni. Doakan saya supaya mendapat cinta Allah.

Kesimpulannya:

1. Cintailah Allah SWT melebihi segalanya.
2. Consult lah dan yakin lah dengan Allah SWT. Dia Maha Mendengar dan Maha Bijaksana.
3. Mari amalkan Yassin 7 Mubin ini untuk mencari hati kita yang hilang dalam mencintai Allah SWT dan barang berharga yang lain.

Wassalam.

Monday, November 12, 2018

Petua bos saya...

Hidup ni kalau nak sihat, kita tak bolehlah bergantung semata-mata kepada ubat. Kadang-kadang petua orang lama guna bahan semulajadi pun boleh mujarab juga.

Ada satu petua yang immediate bos saya sendiri share dengan sy, sebab saya selalu demam selsema sejak bertugas di ofis baru ni. Jadi, dia pun kasihan agaknya...or maybe serabut sebab saya selalu cuti or mc, so...dia share la kat saya...suh saya amalkan makan nenas or minum jus nenas...tapi dengan syarat kena makan or blend sekali dengan alur nenas yang kat tengah tu...bos siap pesan, sebaik-baiknya makan or blend habis sebiji la baru berkesan...

Bos siap sent gambar dia google ni lagi...


So far saya dah habiskan sebiji nenas. Alhamdulillah, dah tak demam selsema lagi. Semalam saya beli lagi sebiji. Tapi kali ni saya makan sikit-sikit je..sepotong, sepotong...maklumlah, sekarang kan musim hujan.. risau jugak kalau badan tak tahan...prevention kan is better than cure..😉



Aktiviti dan Rezeki di Ofis Baru..

Petang Jumaat lepas, rasa serabut betul sebab meeting habis lambat. Mana nak kemas bilik mesyuarat tu, nak uruskan recording dan mana nak fikirkan nak buat report lagi...rasa penat betul. Walaupun Jumaat sepatutnya orang lain happy je fikir nak enjoy weekend tu, tapi selalunya kalau ada mesyuarat petang Jumaat, maknanya malam Jumaat tu saya memang tak tidurlah jawapnya...nak siapkan report.

Tapi Jumaat lepas special sikit. Sebab masa saya tengah siap-siap nak buat report, alih-alih sorang staf saya datang kat bilik saya. Dia bawakan saya satu plastik besar Al-Ikhsan untuk saya bawa balik. Bertambahlah beban saya nak mengangkut ke kereta and nak pikul naik ke rumah aras 17 tu...

Sampai kat rumah, saya tengok dalam beg plastik tu...fuhhhh...complete set - baju, seluar, jersi, kasut dan beg branded yang bukan cikai-cikai ye...

Adidas shoes

Kasut adidas, beg dan seluar puma, 3 tshirt Lotto 

Yang ini stok untuk atlit-atlit

Majlis Perasmian
Ya Allah...rasa syukur sangat-sangat. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang melimpah-ruah ni. i must have done something right to deserve such a wonderful stuffs like this...Alhamdulillah.



Friday, November 9, 2018

Lunch yang best...

Hari tu ada seorang staff saya ambil orderuntuk belikan lunch. Saya pun tumpang jugalah order sebab kebetulan memang agak busy dengan tugasan yang perlu disiapkan. Saya order lauk ikan bawal goreng je, sebab itu je yang boleh dimakan...lauk-lauk lain semuanya seafood...sotong bakar lah, udang masak lemak lah...tak berani la saya nak cuba, sebab memang dah tahu saya alergic lepas makan seafood.

Tapi masa order sampai tu, memang tak expect langsung makanan yang saya order ni datang dengan complete set macam ni. Nasi putih dengan sayur goreng campur, ulam, ikan bawal goreng siap dengan sambal cili dan sambal kicap. Nampak simple dan sikit je kan? Tapi nikmatnya...memang puashati dan kenyang sangat2...terbaiklah!! Jemput tengok ye....

Thursday, November 8, 2018

Kerana mulut...



Amboi...amboiii...amboiiii...

Bahagia sangat nampaknya ye..makan pun kemain lagi, pantang nampak makanan sedap semua nak dimasukkan ke mulut tu kan...tu pipi tu, bila tahun entah nak surutnya...makin menyerlah bonjolnya ye...aduhai, tak tahulah bila nak insaf makan ni...azam nak diet asyik menuju kegagalan je...maybe inilah yang dikatakan kerana mulut, badan ku sasa...ehhh...badan binasa...hihihihi


Chomel tak kak ton?! hihihihi

Tuesday, November 6, 2018

Sendiri lebih baik

Dari dulu saya rasa lebih tenang menyendiri. Bukan sebab saya ni introvert, tapi sebenarnya saya lebih menghargai ketenangan diri, malas nak serabut-serabut dengan masalah...apelagi kalau masalah tu semua sekadar unnecessary stress. Takde masalah pun nak bergaul dengan orang sekeliling dan sebenarnya saya lebih memilih waktu bila yang sesuai untuk menjadi extrovert. Semuanya depends kepada keadaan. So, please don't quick-jump-to-conclusion.

Dari dulu pun memang saya dah memilih untuk hidup berdikari. Baik dari segi kehidupan sosial, kerjaya mahupun financially. Semuanya sebab saya dah selalu sangat rasa dikecewakan bila dah terlalu mengharapkan kepada orang lain. Contoh, kalau dulu nak ke mana-mana saya akan harapkan kepada parents, adik, abang, kakak, boyfriend or kawan-kawan. So, setiapkali rasa nak keluar kena tanya kelapangan mereka atau kalau dah janji pun, kena menunggu...buang masa, letih dan sedih sangat. Bila dan selalu sangat dikecewakan, akhirnya one day saya nekad memandu sendiri...lagipun masa tu sebenarnya saya dah lama sangat ada lesen memandu tapi tak berani nak memandu...lebih-lebih lagi di KL ni. 

Turning point saya, tahun 2007 bila saya akhirnya ditinggalkan oleh seseorang. Sejak itu, saya mula belajar untuk nekad berdikari. Saya mula memandu sendiri ke kelas dan rasa benar-benar bebas ke mana-mana. Lagi pula waktu tu, sebab terlalu kecewa dalam "cinta" tapi tak mahu tunjuk kat parents and family saya, jadi saya lepaskan perasaan saya dengan memandu...sambil memandu, sambil menangis sorang...dan pernah waktu tu, saya tak pernah pun sampai ke Putrajaya,  alih-alih boleh sampai sana...lepas tu, sedar-sedar saya dah sampai ke Muar, Johor sorang-sorang.

Sejak insiden tu la, memandu dah jadi satu terapi buat saya hilangkan stress. Lagi saya stress, makin jauh la saya memandu sorang-sorang. Gamble aje. Bila diingat-ingat balik memang la tak elok...macam-macam risiko, takde pulak saya nak fikirkan dulu.

Now, lately ni pun sama jugak. Sejak saya nekad tak mahu lagi berhubungan dengan mantan bos or kawan-kawan dari ofis lama tu, saya dapat rasakan yang saya jauh lebih tenang. Bebas nak ke mana-mana, enjoy nak makan apa aje pun tak payah nak kesahkan member tu boleh makan ke tak. Lebih jimat pun iye jugak. Kalau dulu kena bajet untuk oranglen sama, now dapat belanje lebih banyak sorang-sorang.

Kalau orang tanya saya, tak sunyi ke sorang-sorang? sebab sesetengah orang anggap macam loser je kalau ke mana-mana seorang diri, tapi bagi saya itu bukanlah satu masalah yang besar. Selambe jelah beranikan diri nak pergi buat pedicure, menicure@BerjayaTimeSquare ke...shopping@Kenanga ke...beli barangan dapur@pasar chowkit ke..semuanya saya enjoy lakukan sendiri sepanjang long weekend sempena Deepavali ni..Semuanya yang saya nak buat, saya dapat buat... dengan masa saya sendiri....semua yang saya nak beli, saya dapat beli dengan duit sendiri...masa bila saya rasa nak rehat, saya bole rancang sendiri...

Yang penting apapun bahagia yang saya cari dalam bersendiri ini, saya akan selalu ingat bahawa saya sentiasa ditemani Ilahi....insha Allah.


Thursday, November 1, 2018

Sweet November

Hari ini 1 November 2018 - permulaan bulan November yang sangat best. Mungkin berkat bacaan Yassin 7 mubin malam tadi agaknya.

Semalam rasa tak sedap hati sebenarnya nak handle mesyuarat kt ofis lama...hurm entah la, rasa malas dah nak jejak kaki kat tempat tu...tapi saya pujuk hati dan fikir positif, kena profesional lah betul tak...tak boleh campurkan hal personal dengan hal kerja. Cuma rasa susah hati sebab risau penerimaan orang ofis lama tu mampu ke nak profesional...al-maklumlah, pertukaran exbos saya tempoh hari pun nampak betul-betul atas sebab personal, bukan sebab tak perform kerja atau apa...hurmmmm

Tapi, tak kisahlah. Janji mesyuarat tu dah dibatalkan pun. Takde apa yang nak dirisaukan. Siap boleh ambil cuti tambahan Isnin ni sebab Selasa kan Deepavali.

Arhhhh...bahagianya la haiii......