Saturday, December 22, 2018

Back-to-school Shopping

Biasalah...tiapkali hujung tahun, parents memang kalutlah dengan back-to-school shopping. Nowadays, kalau bab berbelanja keperluan sekolah anak-anak memang boleh pitam. Bukan sikit-sikit duit nak dipakai. Keperluan uniform sekolah macam beg, kasut, pakai sukan, uniform sekolah agama lagi, semua tu je silap-silap habis duit gaji sebulan.

So, my abang come out dengan idea out-of-box dia, minta adik-adik yang masih bujang ni sponsor...pakat-pakat la masing-masing sponsor sorang 1 set... sebab uniform sekolah kalau campur sponsor, average boleh dapat 4 helai baju..hahaha..gitulah sepakat membawa berkat...rezeki secupak, jadi segantang...tapi sebab saya sendiri masih bujang dan takde tanggungan, dan kebetulan ujung tahun dapat bantuan khas RM500, dapatlah sponsor lebih...sebab kan dah kata, dalam rezeki kita ni, ada rezeki untuk orang lain sama...anggap la, tu semua rezeki budak-budak tu...family sendiri jugak kan..? 


Kami shopping @The Curve, Damansara je...senang untuk semua datang. Kami dah biasa lepak situ pun...boleh kata dah tahu mana nak tuju kalau nak cari barang. Membeli barang-barang sekolahnya, sekejap je. Nampak, try, masuk troli, lepas tu bayar. Yang lamanya sebab lepas beli barangan sekolah tu, kami lepak makan-makan...borak-borak...maklumlah, walaupun masing-masing semua stay dekat tapi bukan selalu dapat jumpa. Kesempatan yang ada ni la baru dapat bonding together.


Abang saya kata, saya ada masalah psikologi sebab suka selfie. ahahaha. lantaklah nak kata apa, janji dapat ambil gambar deco cantik-cantik... memang selalunya saya suka ke mall time hujung-hujung tahun sebab deco untuk perayaan Krismas memang selalunya cantik-cantik...rasa magical kan dengan lampu-lampu hiasan berwarna-warni...


Habis anak-anak sedare saya pun terjebak sama...

Masuk ni dah kali ketiga kami lepak minum. Yang ni lepak @Juiceworks pulak...


Sebelum ke Cineplex, amik gambar depan Starbucks..ada buaian la plk...hahaha



Thursday, December 20, 2018

Year end hangout...😉

Semalam hangout dgn ex-bos secara impromptu. Masa nak keluar lunch dgn ofismate, tiba-tiba teringat pula nak ajak ex-bos tu sama. Memang rezeki la, bila call dia maklumkan yang dia baru habis exam ELPA di Menara Seri Wilayah, betul-betul seberang je dari ofis kami. So, my ofismate ape lagi terus pecut bumblebee dia utk amik ex-bos saya tu...kemain la kami hangout bergelak sakan bagai...

Lepas ofis, sambung hangout lagi...amik dia kat ofis and terus pecut ke kl. Memang kami plan nak ke midvalley...saje window shoping...nak tengok2 apa yg menarik especially deco sempena Xmas ni kan...

Alih-alih bila dah sampai midvalley, exbos tu kata kwn anak2 dia nak belanje makan and suh kami tunggu, dorg akan join kami. Alhamdulillah, dapatlah tumpang rezeki dorg. Selesai dinner, sambil2 jln nk  turun tu...kami pun singgahlah setiap deco yang cantik-cantik tu utk bergambar...okay, layan gambar ye...











Wednesday, December 5, 2018

Penjajanan 😉

Tekak ni bila dah tak tahu nak makan ape, mulalah beli yang mengarut-ngarut aje...

Coklat ni sumpah sedap sangat-sangat..selama ni tak pernah nak try sebab ada peanut..sekali bila dah try, ya Allah...sedap sampai rasa nak nanges...

Dah betul-betul tak tahu nak makan apa, last-last end up beli jajan-jajan yang...tak tahu la nak cakap apa dah...huhu

Harap-harap pembawakan tekak ni tak buat hal lama sangat la....kelaut jadinya plan nak berdiet ni..huhu


Thursday, November 29, 2018

Majlis Dinner @office...

Isnin lepas ada majlis dinner apresiasi di office...temanya black & gold...tema simple je, tapi biasalah...bila time kita nak carilah, jenuh cari xjumpa...dress ke...shawl ke...kssut ke...handbag ke...satgi dh lps majlis, cuba la jalan2 kat mall...time tu la baru terhegeh-hegeh jumpa barang2 yg kita nak tu...haish...selalu camtu....





Btw..majlis went well. Even YB Menteri pun nmpknya berpuashati...yg penting semua happy...happy aje...😉

Wednesday, November 14, 2018

Ubat Hati Lara


Sejak transfer kerja di Putrajaya ni, saya amalkan bacaan Yassin setiapkali selepas solat Subuh dan apabila berkelapangan atau hati dalam kesedihan saya akan baca Yassin 7 Mubin. Salah satu doa dan harapan saya, kuat dalam hati berharap agar dapat petunjuk Allah SWT tentang si A ni.

Dengan semua yang dah terjadi kepada saya dan orang sekeliling saya sejak saya amalkan bacaan surah Yassin tersebut, saya simpulkan, Allah telah bagi saya jawapan iaitu Allah taknak saya membazir masa dan perasaan lagi terhadap si A ni seperti mana saya bazirkan untuk ex-bf saya dulu. Lebih beberapa tahun kot saya buang masa. Bagi saya, ni semua bukan kebetulan tapi benar petunjuk dari Allah SWT kerana saya betul2 minta kepadaNya dan dia Maha Mendengar. Mesti korg kate “eh, bukan Yassin 7 Mubin ni untuk cari barang berharga yang hilang ke? Apa barang kes budak ni?” Yup. Barang saya ini lebih berharga berbanding segalanya iaitu seketul hati. Hati yang tidak khusyuk solat sebab mengingati ajnabi. Hati yang merindui sesuatu yang tidak halal. Hati yang semakin pudar dalam mengingatiNya. Jadi Allah telah pulangkan hati saya supaya hanya mencintai dan merinduiNya. Tiada yang lebih berharga dari hati yang mengingati Pencipta. Maka dengan kekuatan yang ada, saya pilih teruskan hidup dan melupakan si A ni. Doakan saya supaya mendapat cinta Allah.

Kesimpulannya:

1. Cintailah Allah SWT melebihi segalanya.
2. Consult lah dan yakin lah dengan Allah SWT. Dia Maha Mendengar dan Maha Bijaksana.
3. Mari amalkan Yassin 7 Mubin ini untuk mencari hati kita yang hilang dalam mencintai Allah SWT dan barang berharga yang lain.

Wassalam.

Monday, November 12, 2018

Petua bos saya...

Hidup ni kalau nak sihat, kita tak bolehlah bergantung semata-mata kepada ubat. Kadang-kadang petua orang lama guna bahan semulajadi pun boleh mujarab juga.

Ada satu petua yang immediate bos saya sendiri share dengan sy, sebab saya selalu demam selsema sejak bertugas di ofis baru ni. Jadi, dia pun kasihan agaknya...or maybe serabut sebab saya selalu cuti or mc, so...dia share la kat saya...suh saya amalkan makan nenas or minum jus nenas...tapi dengan syarat kena makan or blend sekali dengan alur nenas yang kat tengah tu...bos siap pesan, sebaik-baiknya makan or blend habis sebiji la baru berkesan...

Bos siap sent gambar dia google ni lagi...


So far saya dah habiskan sebiji nenas. Alhamdulillah, dah tak demam selsema lagi. Semalam saya beli lagi sebiji. Tapi kali ni saya makan sikit-sikit je..sepotong, sepotong...maklumlah, sekarang kan musim hujan.. risau jugak kalau badan tak tahan...prevention kan is better than cure..😉



Aktiviti dan Rezeki di Ofis Baru..

Petang Jumaat lepas, rasa serabut betul sebab meeting habis lambat. Mana nak kemas bilik mesyuarat tu, nak uruskan recording dan mana nak fikirkan nak buat report lagi...rasa penat betul. Walaupun Jumaat sepatutnya orang lain happy je fikir nak enjoy weekend tu, tapi selalunya kalau ada mesyuarat petang Jumaat, maknanya malam Jumaat tu saya memang tak tidurlah jawapnya...nak siapkan report.

Tapi Jumaat lepas special sikit. Sebab masa saya tengah siap-siap nak buat report, alih-alih sorang staf saya datang kat bilik saya. Dia bawakan saya satu plastik besar Al-Ikhsan untuk saya bawa balik. Bertambahlah beban saya nak mengangkut ke kereta and nak pikul naik ke rumah aras 17 tu...

Sampai kat rumah, saya tengok dalam beg plastik tu...fuhhhh...complete set - baju, seluar, jersi, kasut dan beg branded yang bukan cikai-cikai ye...

Adidas shoes

Kasut adidas, beg dan seluar puma, 3 tshirt Lotto 

Yang ini stok untuk atlit-atlit

Majlis Perasmian
Ya Allah...rasa syukur sangat-sangat. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang melimpah-ruah ni. i must have done something right to deserve such a wonderful stuffs like this...Alhamdulillah.



Friday, November 9, 2018

Lunch yang best...

Hari tu ada seorang staff saya ambil orderuntuk belikan lunch. Saya pun tumpang jugalah order sebab kebetulan memang agak busy dengan tugasan yang perlu disiapkan. Saya order lauk ikan bawal goreng je, sebab itu je yang boleh dimakan...lauk-lauk lain semuanya seafood...sotong bakar lah, udang masak lemak lah...tak berani la saya nak cuba, sebab memang dah tahu saya alergic lepas makan seafood.

Tapi masa order sampai tu, memang tak expect langsung makanan yang saya order ni datang dengan complete set macam ni. Nasi putih dengan sayur goreng campur, ulam, ikan bawal goreng siap dengan sambal cili dan sambal kicap. Nampak simple dan sikit je kan? Tapi nikmatnya...memang puashati dan kenyang sangat2...terbaiklah!! Jemput tengok ye....

Thursday, November 8, 2018

Kerana mulut...



Amboi...amboiii...amboiiii...

Bahagia sangat nampaknya ye..makan pun kemain lagi, pantang nampak makanan sedap semua nak dimasukkan ke mulut tu kan...tu pipi tu, bila tahun entah nak surutnya...makin menyerlah bonjolnya ye...aduhai, tak tahulah bila nak insaf makan ni...azam nak diet asyik menuju kegagalan je...maybe inilah yang dikatakan kerana mulut, badan ku sasa...ehhh...badan binasa...hihihihi


Chomel tak kak ton?! hihihihi

Tuesday, November 6, 2018

Sendiri lebih baik

Dari dulu saya rasa lebih tenang menyendiri. Bukan sebab saya ni introvert, tapi sebenarnya saya lebih menghargai ketenangan diri, malas nak serabut-serabut dengan masalah...apelagi kalau masalah tu semua sekadar unnecessary stress. Takde masalah pun nak bergaul dengan orang sekeliling dan sebenarnya saya lebih memilih waktu bila yang sesuai untuk menjadi extrovert. Semuanya depends kepada keadaan. So, please don't quick-jump-to-conclusion.

Dari dulu pun memang saya dah memilih untuk hidup berdikari. Baik dari segi kehidupan sosial, kerjaya mahupun financially. Semuanya sebab saya dah selalu sangat rasa dikecewakan bila dah terlalu mengharapkan kepada orang lain. Contoh, kalau dulu nak ke mana-mana saya akan harapkan kepada parents, adik, abang, kakak, boyfriend or kawan-kawan. So, setiapkali rasa nak keluar kena tanya kelapangan mereka atau kalau dah janji pun, kena menunggu...buang masa, letih dan sedih sangat. Bila dan selalu sangat dikecewakan, akhirnya one day saya nekad memandu sendiri...lagipun masa tu sebenarnya saya dah lama sangat ada lesen memandu tapi tak berani nak memandu...lebih-lebih lagi di KL ni. 

Turning point saya, tahun 2007 bila saya akhirnya ditinggalkan oleh seseorang. Sejak itu, saya mula belajar untuk nekad berdikari. Saya mula memandu sendiri ke kelas dan rasa benar-benar bebas ke mana-mana. Lagi pula waktu tu, sebab terlalu kecewa dalam "cinta" tapi tak mahu tunjuk kat parents and family saya, jadi saya lepaskan perasaan saya dengan memandu...sambil memandu, sambil menangis sorang...dan pernah waktu tu, saya tak pernah pun sampai ke Putrajaya,  alih-alih boleh sampai sana...lepas tu, sedar-sedar saya dah sampai ke Muar, Johor sorang-sorang.

Sejak insiden tu la, memandu dah jadi satu terapi buat saya hilangkan stress. Lagi saya stress, makin jauh la saya memandu sorang-sorang. Gamble aje. Bila diingat-ingat balik memang la tak elok...macam-macam risiko, takde pulak saya nak fikirkan dulu.

Now, lately ni pun sama jugak. Sejak saya nekad tak mahu lagi berhubungan dengan mantan bos or kawan-kawan dari ofis lama tu, saya dapat rasakan yang saya jauh lebih tenang. Bebas nak ke mana-mana, enjoy nak makan apa aje pun tak payah nak kesahkan member tu boleh makan ke tak. Lebih jimat pun iye jugak. Kalau dulu kena bajet untuk oranglen sama, now dapat belanje lebih banyak sorang-sorang.

Kalau orang tanya saya, tak sunyi ke sorang-sorang? sebab sesetengah orang anggap macam loser je kalau ke mana-mana seorang diri, tapi bagi saya itu bukanlah satu masalah yang besar. Selambe jelah beranikan diri nak pergi buat pedicure, menicure@BerjayaTimeSquare ke...shopping@Kenanga ke...beli barangan dapur@pasar chowkit ke..semuanya saya enjoy lakukan sendiri sepanjang long weekend sempena Deepavali ni..Semuanya yang saya nak buat, saya dapat buat... dengan masa saya sendiri....semua yang saya nak beli, saya dapat beli dengan duit sendiri...masa bila saya rasa nak rehat, saya bole rancang sendiri...

Yang penting apapun bahagia yang saya cari dalam bersendiri ini, saya akan selalu ingat bahawa saya sentiasa ditemani Ilahi....insha Allah.


Thursday, November 1, 2018

Sweet November

Hari ini 1 November 2018 - permulaan bulan November yang sangat best. Mungkin berkat bacaan Yassin 7 mubin malam tadi agaknya.

Semalam rasa tak sedap hati sebenarnya nak handle mesyuarat kt ofis lama...hurm entah la, rasa malas dah nak jejak kaki kat tempat tu...tapi saya pujuk hati dan fikir positif, kena profesional lah betul tak...tak boleh campurkan hal personal dengan hal kerja. Cuma rasa susah hati sebab risau penerimaan orang ofis lama tu mampu ke nak profesional...al-maklumlah, pertukaran exbos saya tempoh hari pun nampak betul-betul atas sebab personal, bukan sebab tak perform kerja atau apa...hurmmmm

Tapi, tak kisahlah. Janji mesyuarat tu dah dibatalkan pun. Takde apa yang nak dirisaukan. Siap boleh ambil cuti tambahan Isnin ni sebab Selasa kan Deepavali.

Arhhhh...bahagianya la haiii......

Monday, October 29, 2018

Mulanya di sini...

Bulan ni saya rasa down sikit... semuanya bermula dgn pertemuan semula dgn seorang bos dari ofis lama. Kebetulan beliau dtg ke ofis saya utk menghadiri meeting.. Rasanya sejak pertukaran sy, ada la 2-3 kali saya hubungi beliau. Itu pun sbb ada urusan rasmi nak ditanya, sambil2 kami sembang bertanya kabar masing2. Itu je.

Excitednya masa dpt tahu dia join meeting tu, tapi btl la orang kata,"yang terindah hanya sementara"...byk kisah yg tersingkap dlm pertemuan tu...oleh sbb byk yg nak disembangkan dan dah lama tak lepak sama, jadi saya pun offer untk hantarkan dia balik ke KL...

Sepanjang perjalanan kami dari Putrajaya ke KL tu, macam-macam la cerita mengenai ofis lama yang dikongsikan. Hampir semuanya mengganggu fikiran dan memberi kesan yang mendalam kepada saya. banyak betul yang dah berubah dan berlaku sepanjang tempoh saya bertukar ke tempat baru ni...yang buatkan saya terfikir, adakah saya tidak cukup mengenali mereka yang pernah saya kenal rapat sebelum ini atau memang mereka telah benar-benar berubah sejak ketiadaan saya di sana..?

Keesokan hari selepas saya hantar ex-bos saya tu, beliau hubungi saya menerusi mesej whatsapp..memaklumkan bahawa beliau telah dimalukan oleh bigbos di hadapan anak-anak buah beliau sendiri. Saya agak terkejut dengan "kegilaan" yang dikhabarkan kepada saya, bingung jugak memikirkan serius sangat ke kesnya sehingga begitu sekali halnya...kenapa saya bingung? memang itu bukan hal saya...tapi persoalannya, kedua-dua mereka saya kenal agak rapat juga...exbos tu saya kenal, bigbos tu pun saya kenal...oleh kerana tidak mahu terus berteka-teki, saya ambil keputusan untuk mengatur pertemuan sekali lagi dengan exboss saya tu selepas waktu pejabat di KL..

Tiba masa yang dijanjikan, lepas waktu pejabat saya terus drive ke KL untuk bertemu dengan bos saya tu. Dalam perjalanan ke KL, dapat pula another mesej dari beliau, memaklumkan bahawa beliau telah menerima surat pertukaran keluar dari ofis tersebut yang berkuatkuasa 24 jam....???!! ya, saya ulangkan, 24 jam.....i was like, what on earth...kesalahan besar apekah yang beliau telah lakukan sehingga dikenakan tindakan pertukaran secara 24 jam..???? wtf...

Jadi, pertemuan saya dengan exbos tersebut menjadi bertambah menarik...tambahan pula, tanpa dirancang pertemuan tersebut turut disertai oleh seorang lagi staf dan suami beliau sendiri. Macam-macam topik kami bincangkan, pelbagai kisah "menarik" yang tersingkap dan banyak skandal yang terbongkar...berserta bukti2 rakaman skali ye... bukan sekadar gosip tak berasas ni...

Walaupun masing2 terkesan dengan apa yang berlaku, namun keadaan masih terkawal. We still manage to enjoy our meal. Bersembang gelak2 macam tak ingat dunia, as if esoknya kami ni tak payah kerja la pulak kan...hahaha...masing-masing siap buat update status whatsapp yang "cool" sehinggakan siapa yang makan cili akan terase pedasnya. Just imagine, posting saya yang pertama sahaja pun dah buat ada pihak yang tak senang duduk... padahal, saya post gambar saya dengan exboss saya tu je, dengan caption "Welcome to Putrajaya Mak Iti..a place like no other. Let those idiots stay in hell...kita enjoy je heaven and earth..."

Tak sangka pulak posting saya tu mendapat respons yang "menarik" dan telah mencetuskan perang status di kalangan pihak-pihak yang tak disangka-sangka...tak semena-mena, sejak itu setiap update status saya mendapat view yang ramai dari kalangan warga ofis lama tu...hahaha...tapi yang gelihatinya, ada orang tu kita tak sangka dia yang "makan cili" alih-alih ngaku dia "terase pedas"..OMG!! Berikut saya kongsikan beberapa status update yang sempat saya screenshot-kan...enjoy ye ;p



Owh, lupa nak mention. Penggunaan ayat "those idiots" dalam status update saya tu telah mendapat kritikan daripada 2 orang sahabat saya yang selama ini dah saya anggap macam adik-adik sendiri. Mereka anggap saya keterlaluan dan tak tahu apa yang berlaku sejak pertukaran saya sebelum ini...katanya saya sepatutnya tanya mereka dahulu apa yang sebenarnya berlaku...which saya rasa nonsense...

Pada saya simple je, kalau musibah tu menimpa diri mereka, of course la saya akan bertanya kepada mereka apa yang berlaku. Tapi isunya sekarang, "musibah" tu menimpa kepada exboss tersebut dan beliau bukan sahaja boleh memberikan hujah penjelasan yang munasabah BERSERTA bukti-bukti yang kukuh...dan saya sendiri telah mendapatkan pengesahan daripada sumber HQ beliau, sumber dari orang dalam dan knowing that person yang menyumbang kepada "keMUSIBAHan" tersebut jugalah, then only i make my stand...dan, di peringkat awal pun caption saya tu jelas tidak point kesalahan kepada mana-mana pihak, bersifat general je...dengan niat sekadar untuk meraikan, mengalu-alukan pertukaran exbos saya tu ke Putrajaya dan utk menghiburkan hati beliau. Itu sahaja. Tapi tak sangka pula disalahertikan oleh pihak lain sehingga akhirnya saya dikecam. Lebih gelihati bila kecaman yang saya terima bersifat menyentuh peribadi yang tiada kaitan langsung dengan isu pokok...(huh, yang dorang sentap sangat tu dah kenape?? ada buat salah ek??)

Oleh kerana rasa kecewa dengan segala yang berlaku , dengan respons yang rata-rata agak tidak adil kepada saya...ie. ada idiot yang kaitkan posting saya tu dengan status diri saya yang "andartu" ni dan maksud "meroyan"...saya pun post beberapa posting lagi...p/s: tapi orang tu senyap plk lps saya update posting berikut ni:





Oleh kerana isu ini melibatkan 2 orang yang saya kenal agak rapat sewaktu bertugas di ofis lama, sudah pastilah saya turut rasa terkesan. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak...cubit peha kanan, peha kiri terasa juga... Jadi, saya update status dengan gambar sewaktu program teambuilding suatu masa dahulu..dengan harapan timbul kesedaran bukan sahaja di hati kedua-dua pihak terlibat, tetapi juga orang-orang sekeliling. Sebab kadang-kadang dalam hidup ni, kita tak boleh nak nafikan yang memang wujud parasit dan anasir-anasir jahat yang suka menghasut, mengadu-domba, melaga-lagakan, mengaibkan, memperok-perandakan hidup orang lain dan sebagainya. Lebih teruk lagi jika kejahatan yang dilakukan tersebut dibuat semata-mata untuk kepentingan diri sendiri dan menutup dosa sendiri...Astagfirullahalazim.


Status











Tuesday, October 9, 2018

Happy Tuesday

Alhamdulillah...hari ni saya masuk kerja semula dengan perasaan yang tenang pagi2 ni..cuma gelabah masa nak drive ke ofis sbb cermin kereta berkabus je. Balik dari check-up semalam, saya park kereta kat parking outdoor sbb hujan. Malas la nk park kat besmen, kena redah hujan jgk utk ke lif naik ke rumah. Malam tadi pun hujan lebat sgt... maybe sbb tu la kereta sakan berkabus...mcm baru kuar peti ais.. haha


Hari ni masuk ofis dlm keadaan tenang, happy je sbb minggu ni takde meeting nak handle. Pastu, pagi2 lagi my staff dok kata, "wahh..cik nita nampak segak arini" 😄😄😄


Nak minta belanje breakfast la tu...tapi sayangnya, masa tu saya baru balik dari tapau breakfast...arini terlebih rajin, gigih menapak ke cafe di lppsa...sbb sambal nasi lemak kt situ sedap...pastu, kat sana ada jual roti bakar yg nmpk je biase tapi sedap sangattt...nanti klau ada singgah cafe lppsa pagi2, try la beli...rasa satu pasti nak lagi...hehe...saya belanja gambar jelah ye..



Monday, October 8, 2018

Alkesah my check-up journey

Hari ni mmg saya sengaja ambil cuti rehat..sebab nak buat medical check-up utk backpain yg dah seminggu berlarutan ni...

Pagi2 keluar rumah, mula2 saya ke klinik kesihatan P11 putrajaya ni..tapi kecewa, tak jumpa pun..yg jumpa, klinik sakit mental..takmo buang masa, saya terus ke KK P18 plk, tapi kecewa sekali lagi...awal pagi sampai pun takde parking..dah la ujan pagi tadi. So, lps tu saya try plk ke pusat pemeriksaan di puspanitapuri...hurm, kecewa jgk sbb disuruh ke KK P11..aduhaiii..

Dah putus harap kt putrajaya ni dan kebetulan, backpain tu dh terase sakit...saya terus drive ke pj untuk ke hospital assunta (tempat lahir saya pun..) sebab fikir, kt situ parking senang...

Sampai kt Assunta, dari parking sampailah ke registration everything went smooth je...cuma bila dirujuk ke klinik orthopaedic, menunggu doctor hampir 2 jam...sampai rasa sakit pinggang duduk lama2 menunggu tu..dua tiga kali jgk saya tanya kt kaunter tu lama lagi ke giliran saya, nurse yg jaga cuma ckp "mmg puan kena tunggu...patient ramai" estimate time pun tak bagitau, sakit dh makin ngilu..so, saya decide utk cancel check-up kt situ...dan blk je

Ms dlm kereta, rasa dilema..klau tak check-up hari ni juga risau nanti dh start keje sakit buat hal lak...then terfikir utk gamble je ke klinik menara di bukit jelutong shah alam...mujur masa sampai kt klinik tu nurse kt kaunter advice terus daftar sbb dokter yg pakar utk tulang n saraf available sampai kul 1pm je..so, saya pun ikutlah advise dia..


Tak amik masa lama pun utk tunggu giliran jumpa dokter. Mula2 dokter suspek sakit apentah (tak reti la nama dia..berkaitan backbone) dan suh saya buat x-ray..sakit jgk masa nurse tu btlkan posisi nak amik x-ray saya tu..selesai x-ray, dokter kata tulang semua okay cuma nerve muscle ada problem sikit. Dia advice buat immediate treatment..takut klau biar lama2 akan makin sakit...dokter bagi ubat..banyak...utk 2 minggu ni...lepas tu saya kena attend rawatan fisio - tens treatment, heat & cold therapy, laser treatment dan ultra sound..



Selesai fisio, dpt appointment fisio lagi weekend ni...layankan ajelah...kalau tak kerana sakit, tak kuasa saya nk buat checkup ni..huhuhu

Sunday, October 7, 2018

Today's lunch

Sorry kalau entry ini buat ada yang terliur...


Kebetulan hari ni ke shah alam, rutin biasa saya laundry baju2 kotor...hehehe..bknnya kt umah takde mesin basuh. Cuma malas nk jemur...klau kt shah alam ni, terus dryer-kan aje..lps laundry bole singgah mall area shah alam plk kan...

tapi hari ni extra special, sbb siap awal...tgk jam baru 12.00 tengahari..tiba2, kepala jadi chingchingching...timing yang bagus untuk pekena patin masak tempoyak...selalunya saya pekena patin masak tempoyak ni kat restoran Temerloh Patin di Shah Alam je..landmark dia area stadium shah alam..klau nak makan kt situ kena datang awal, kalau lambat takut abes plk..ramai yg datang makan kt situ...sesiapa yang suka makan patin tempoyak tapi tak pernah try makan kat situ, pergilah cuba ye...


Rutin Ahad

Sejak dah kembali bertugas di Putrajaya ni barulah saya ada banyak masa di rumah berbanding masa kerja di KL sebelum ni. Imagine, masa kerja di KL dulu, keluar rumah pun seawal 5.30 pagi, balik kadang-kadang malam baru sampai rumah. So, manalah ada masa nak mengemas bagai...dengan penat memandu ulang-alik putrajaya-kl-putrajaya lagi...biasanya klau kt rumah memang qado tidur or rehat jelah..

Now, bila dah ada banyak masa kat rumah ni barulah dapat kemas rumah, deco dan rehat dengan tenang di rumah.


Sebelum ni meja makan saya tu dah saya pindahkan ke rumah kakak saya di denai alam. Sebab penah masa kerja di KL dulu, dapat surat dari BPH, diarahkan untuk kosongkan kuarters tu sebab dah hilang kelayakan menduduki kerana bertugas di luar Putrajaya. Tapi ofis buat rayuan (ada kisah sebenarnya pasal ni..nanti2lah saya cerita) dan CUEPACS pun ada bangkitkan isu ni, akhirnya sebelum election tempoh hari, dapat surat dari BPH yang batalkan arahan tersebut. So, x jadi la saya pindah.

Bila dah bertugas di Putrajaya semula ni, saya pun pindahkan semula meja makan tu  dan barang2 lain blk Putrajaya.


Tapi saya amik masa jugak la nak mengemas rumah ni. Masa tu, tiap kali saya mengemas, makin bersepah-sepah jadinya rumah saya. Tak tahulah kenapa waktu tu tangan ni xmenjadi betul kalau bab mengemas ni. Masa cuti Raya Haji aritu saya amik cuti lama sikit dan kemas rumah ni, barulah kemas rumah ni...dah macam rumah anak dara semula...ahahaha.



Saturday, October 6, 2018

Flashback

Hari ni xtahu la kenapa rasa nostalgic sikit. Ter-flash back pulak kenangan-kenangan lepas...byk betul yg dh berlaku selama saya tak ber-blogging ni...so, hari ni status update kt whatsapp pun saya post gambar2 lama especially gambar kt ofis lama...


Sama mcm yg saya update di whatsapp, tak banyak yg saya nk ingatkan pun pasal ofis lama...kecuali kenangan masa join program whitewater rafting di Ulu Slim...haha...masa tu saje nk release tension..sian Ahsan & Fira, redho je ikutkan kegilaan sy..😉


Yang atas ☝ni plk major throwback, tahun 2009..masa 1st time join service, dah kena kerah join rowing team jabatan...huhu..bila ingat2 balik, dulu bole la jadi rower...skrg ni tak tahu la muat lagi ke tidak nk masuk dlm bot tu..

Memang rindu sgt nak aktif sukan mcm dulu-dulu...Tokoh Sukan Puspanita BKPP, JPM..now, kena bersara la kot..tunggu medical check-up nanti..dari last week rasa sakit dari pinggang sampai ke kaki kanan...harap-harap bukan slip-disc la..aduhai..



Tak ramai yang saya nak ingat, tapi mereka ☝tak mungkin saya lupakan..positive, good hearted, kind, genuine & open-minded people..


Ni pulak fida, my best partner..ada seorang lagi, namanya syahrul...tapi kami tak sempat nak amik gambar..maklumlah, sy tahu dpt bertukar pun last minute..bln puasa pulak tu...imagine lah, kena berkemas, angkat2 brg & nak setlekan serah tugas bagai ms tgh puasa..dgn cuaca panas terik..mmg dugaan btl, letih sgt2...ilang mood nk bergambar bagai kan..


Ni pulak pengalaman terakhir saya naik bas dengan fira..masa tu saya dilantik sebagai pegawai pengiring utk wakil2 ofis join sukan maswip di perlis..pengalaman naik bas yang...xtahu nak kata la...byk sgt pencemaran bunyik dan bau...buat saya makin serik nak naik bas...dah telan pil tahan muntah pon still rasa mual...


☝ my new inspiration...team mates saya di ofis baru. Bekerja dgn mereka buat saya rasa syukur sgt2...seolah-olah Tuhan sedang memakbulkan semua doa-doa saya selama ni. Alhamdulillah, syukur...semoga kebahagiaan ini berkekalanlah hendaknya..

Ameen.

Sakit...


Dah beberapa hari sebenarnya saya sakit pinggang, pinggul dan belakang kaki kanan...kalau salah mengiring, rasa ngilu kt pinggang belah kanan...kaki kanan pun lately ni asik kebas2 time duduk or baring..kadang2 masa jln pun rasa semacam...

So, pagi rasa free sikit kt ofis...saya pun google la sbb nak tahu simptom ape..terbaca kt satu blog ni, dia cerita simptom2 dia alami sebelum disahkan oleh doctor yg dia kena slip-disc...jadi gabra lak hati sbb simptom2 dia sama mcm yg rasa skrg ni...aduhaiiii

Terus bgtau kt bos saya nak amik cuti rehat isnin depan sbb nk pegi buat check-up...risau la plk...td ms keluar lunch, drive pun ada rasa sakit dok pulas stereng tu...

Doa2kan semuanya baik2 sahaja ye...