Monday, October 29, 2018

Mulanya di sini...

Bulan ni saya rasa down sikit... semuanya bermula dgn pertemuan semula dgn seorang bos dari ofis lama. Kebetulan beliau dtg ke ofis saya utk menghadiri meeting.. Rasanya sejak pertukaran sy, ada la 2-3 kali saya hubungi beliau. Itu pun sbb ada urusan rasmi nak ditanya, sambil2 kami sembang bertanya kabar masing2. Itu je.

Excitednya masa dpt tahu dia join meeting tu, tapi btl la orang kata,"yang terindah hanya sementara"...byk kisah yg tersingkap dlm pertemuan tu...oleh sbb byk yg nak disembangkan dan dah lama tak lepak sama, jadi saya pun offer untk hantarkan dia balik ke KL...

Sepanjang perjalanan kami dari Putrajaya ke KL tu, macam-macam la cerita mengenai ofis lama yang dikongsikan. Hampir semuanya mengganggu fikiran dan memberi kesan yang mendalam kepada saya. banyak betul yang dah berubah dan berlaku sepanjang tempoh saya bertukar ke tempat baru ni...yang buatkan saya terfikir, adakah saya tidak cukup mengenali mereka yang pernah saya kenal rapat sebelum ini atau memang mereka telah benar-benar berubah sejak ketiadaan saya di sana..?

Keesokan hari selepas saya hantar ex-bos saya tu, beliau hubungi saya menerusi mesej whatsapp..memaklumkan bahawa beliau telah dimalukan oleh bigbos di hadapan anak-anak buah beliau sendiri. Saya agak terkejut dengan "kegilaan" yang dikhabarkan kepada saya, bingung jugak memikirkan serius sangat ke kesnya sehingga begitu sekali halnya...kenapa saya bingung? memang itu bukan hal saya...tapi persoalannya, kedua-dua mereka saya kenal agak rapat juga...exbos tu saya kenal, bigbos tu pun saya kenal...oleh kerana tidak mahu terus berteka-teki, saya ambil keputusan untuk mengatur pertemuan sekali lagi dengan exboss saya tu selepas waktu pejabat di KL..

Tiba masa yang dijanjikan, lepas waktu pejabat saya terus drive ke KL untuk bertemu dengan bos saya tu. Dalam perjalanan ke KL, dapat pula another mesej dari beliau, memaklumkan bahawa beliau telah menerima surat pertukaran keluar dari ofis tersebut yang berkuatkuasa 24 jam....???!! ya, saya ulangkan, 24 jam.....i was like, what on earth...kesalahan besar apekah yang beliau telah lakukan sehingga dikenakan tindakan pertukaran secara 24 jam..???? wtf...

Jadi, pertemuan saya dengan exbos tersebut menjadi bertambah menarik...tambahan pula, tanpa dirancang pertemuan tersebut turut disertai oleh seorang lagi staf dan suami beliau sendiri. Macam-macam topik kami bincangkan, pelbagai kisah "menarik" yang tersingkap dan banyak skandal yang terbongkar...berserta bukti2 rakaman skali ye... bukan sekadar gosip tak berasas ni...

Walaupun masing2 terkesan dengan apa yang berlaku, namun keadaan masih terkawal. We still manage to enjoy our meal. Bersembang gelak2 macam tak ingat dunia, as if esoknya kami ni tak payah kerja la pulak kan...hahaha...masing-masing siap buat update status whatsapp yang "cool" sehinggakan siapa yang makan cili akan terase pedasnya. Just imagine, posting saya yang pertama sahaja pun dah buat ada pihak yang tak senang duduk... padahal, saya post gambar saya dengan exboss saya tu je, dengan caption "Welcome to Putrajaya Mak Iti..a place like no other. Let those idiots stay in hell...kita enjoy je heaven and earth..."

Tak sangka pulak posting saya tu mendapat respons yang "menarik" dan telah mencetuskan perang status di kalangan pihak-pihak yang tak disangka-sangka...tak semena-mena, sejak itu setiap update status saya mendapat view yang ramai dari kalangan warga ofis lama tu...hahaha...tapi yang gelihatinya, ada orang tu kita tak sangka dia yang "makan cili" alih-alih ngaku dia "terase pedas"..OMG!! Berikut saya kongsikan beberapa status update yang sempat saya screenshot-kan...enjoy ye ;p



Owh, lupa nak mention. Penggunaan ayat "those idiots" dalam status update saya tu telah mendapat kritikan daripada 2 orang sahabat saya yang selama ini dah saya anggap macam adik-adik sendiri. Mereka anggap saya keterlaluan dan tak tahu apa yang berlaku sejak pertukaran saya sebelum ini...katanya saya sepatutnya tanya mereka dahulu apa yang sebenarnya berlaku...which saya rasa nonsense...

Pada saya simple je, kalau musibah tu menimpa diri mereka, of course la saya akan bertanya kepada mereka apa yang berlaku. Tapi isunya sekarang, "musibah" tu menimpa kepada exboss tersebut dan beliau bukan sahaja boleh memberikan hujah penjelasan yang munasabah BERSERTA bukti-bukti yang kukuh...dan saya sendiri telah mendapatkan pengesahan daripada sumber HQ beliau, sumber dari orang dalam dan knowing that person yang menyumbang kepada "keMUSIBAHan" tersebut jugalah, then only i make my stand...dan, di peringkat awal pun caption saya tu jelas tidak point kesalahan kepada mana-mana pihak, bersifat general je...dengan niat sekadar untuk meraikan, mengalu-alukan pertukaran exbos saya tu ke Putrajaya dan utk menghiburkan hati beliau. Itu sahaja. Tapi tak sangka pula disalahertikan oleh pihak lain sehingga akhirnya saya dikecam. Lebih gelihati bila kecaman yang saya terima bersifat menyentuh peribadi yang tiada kaitan langsung dengan isu pokok...(huh, yang dorang sentap sangat tu dah kenape?? ada buat salah ek??)

Oleh kerana rasa kecewa dengan segala yang berlaku , dengan respons yang rata-rata agak tidak adil kepada saya...ie. ada idiot yang kaitkan posting saya tu dengan status diri saya yang "andartu" ni dan maksud "meroyan"...saya pun post beberapa posting lagi...p/s: tapi orang tu senyap plk lps saya update posting berikut ni:





Oleh kerana isu ini melibatkan 2 orang yang saya kenal agak rapat sewaktu bertugas di ofis lama, sudah pastilah saya turut rasa terkesan. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak...cubit peha kanan, peha kiri terasa juga... Jadi, saya update status dengan gambar sewaktu program teambuilding suatu masa dahulu..dengan harapan timbul kesedaran bukan sahaja di hati kedua-dua pihak terlibat, tetapi juga orang-orang sekeliling. Sebab kadang-kadang dalam hidup ni, kita tak boleh nak nafikan yang memang wujud parasit dan anasir-anasir jahat yang suka menghasut, mengadu-domba, melaga-lagakan, mengaibkan, memperok-perandakan hidup orang lain dan sebagainya. Lebih teruk lagi jika kejahatan yang dilakukan tersebut dibuat semata-mata untuk kepentingan diri sendiri dan menutup dosa sendiri...Astagfirullahalazim.


Status











No comments:

Post a Comment