Sunday, October 7, 2018

Rutin Ahad

Sejak dah kembali bertugas di Putrajaya ni barulah saya ada banyak masa di rumah berbanding masa kerja di KL sebelum ni. Imagine, masa kerja di KL dulu, keluar rumah pun seawal 5.30 pagi, balik kadang-kadang malam baru sampai rumah. So, manalah ada masa nak mengemas bagai...dengan penat memandu ulang-alik putrajaya-kl-putrajaya lagi...biasanya klau kt rumah memang qado tidur or rehat jelah..

Now, bila dah ada banyak masa kat rumah ni barulah dapat kemas rumah, deco dan rehat dengan tenang di rumah.


Sebelum ni meja makan saya tu dah saya pindahkan ke rumah kakak saya di denai alam. Sebab penah masa kerja di KL dulu, dapat surat dari BPH, diarahkan untuk kosongkan kuarters tu sebab dah hilang kelayakan menduduki kerana bertugas di luar Putrajaya. Tapi ofis buat rayuan (ada kisah sebenarnya pasal ni..nanti2lah saya cerita) dan CUEPACS pun ada bangkitkan isu ni, akhirnya sebelum election tempoh hari, dapat surat dari BPH yang batalkan arahan tersebut. So, x jadi la saya pindah.

Bila dah bertugas di Putrajaya semula ni, saya pun pindahkan semula meja makan tu  dan barang2 lain blk Putrajaya.


Tapi saya amik masa jugak la nak mengemas rumah ni. Masa tu, tiap kali saya mengemas, makin bersepah-sepah jadinya rumah saya. Tak tahulah kenapa waktu tu tangan ni xmenjadi betul kalau bab mengemas ni. Masa cuti Raya Haji aritu saya amik cuti lama sikit dan kemas rumah ni, barulah kemas rumah ni...dah macam rumah anak dara semula...ahahaha.



No comments:

Post a Comment