Wednesday, November 14, 2018

Ubat Hati Lara


Sejak transfer kerja di Putrajaya ni, saya amalkan bacaan Yassin setiapkali selepas solat Subuh dan apabila berkelapangan atau hati dalam kesedihan saya akan baca Yassin 7 Mubin. Salah satu doa dan harapan saya, kuat dalam hati berharap agar dapat petunjuk Allah SWT tentang si A ni.

Dengan semua yang dah terjadi kepada saya dan orang sekeliling saya sejak saya amalkan bacaan surah Yassin tersebut, saya simpulkan, Allah telah bagi saya jawapan iaitu Allah taknak saya membazir masa dan perasaan lagi terhadap si A ni seperti mana saya bazirkan untuk ex-bf saya dulu. Lebih beberapa tahun kot saya buang masa. Bagi saya, ni semua bukan kebetulan tapi benar petunjuk dari Allah SWT kerana saya betul2 minta kepadaNya dan dia Maha Mendengar. Mesti korg kate “eh, bukan Yassin 7 Mubin ni untuk cari barang berharga yang hilang ke? Apa barang kes budak ni?” Yup. Barang saya ini lebih berharga berbanding segalanya iaitu seketul hati. Hati yang tidak khusyuk solat sebab mengingati ajnabi. Hati yang merindui sesuatu yang tidak halal. Hati yang semakin pudar dalam mengingatiNya. Jadi Allah telah pulangkan hati saya supaya hanya mencintai dan merinduiNya. Tiada yang lebih berharga dari hati yang mengingati Pencipta. Maka dengan kekuatan yang ada, saya pilih teruskan hidup dan melupakan si A ni. Doakan saya supaya mendapat cinta Allah.

Kesimpulannya:

1. Cintailah Allah SWT melebihi segalanya.
2. Consult lah dan yakin lah dengan Allah SWT. Dia Maha Mendengar dan Maha Bijaksana.
3. Mari amalkan Yassin 7 Mubin ini untuk mencari hati kita yang hilang dalam mencintai Allah SWT dan barang berharga yang lain.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment