Monday, November 12, 2018

Aktiviti dan Rezeki di Ofis Baru..

Petang Jumaat lepas, rasa serabut betul sebab meeting habis lambat. Mana nak kemas bilik mesyuarat tu, nak uruskan recording dan mana nak fikirkan nak buat report lagi...rasa penat betul. Walaupun Jumaat sepatutnya orang lain happy je fikir nak enjoy weekend tu, tapi selalunya kalau ada mesyuarat petang Jumaat, maknanya malam Jumaat tu saya memang tak tidurlah jawapnya...nak siapkan report.

Tapi Jumaat lepas special sikit. Sebab masa saya tengah siap-siap nak buat report, alih-alih sorang staf saya datang kat bilik saya. Dia bawakan saya satu plastik besar Al-Ikhsan untuk saya bawa balik. Bertambahlah beban saya nak mengangkut ke kereta and nak pikul naik ke rumah aras 17 tu...

Sampai kat rumah, saya tengok dalam beg plastik tu...fuhhhh...complete set - baju, seluar, jersi, kasut dan beg branded yang bukan cikai-cikai ye...

Adidas shoes

Kasut adidas, beg dan seluar puma, 3 tshirt Lotto 

Yang ini stok untuk atlit-atlit

Majlis Perasmian
Ya Allah...rasa syukur sangat-sangat. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang melimpah-ruah ni. i must have done something right to deserve such a wonderful stuffs like this...Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment