Dari dulu saya rasa lebih tenang menyendiri. Bukan sebab saya ni introvert, tapi sebenarnya saya lebih menghargai ketenangan diri, malas nak serabut-serabut dengan masalah...apelagi kalau masalah tu semua sekadar unnecessary stress. Takde masalah pun nak bergaul dengan orang sekeliling dan sebenarnya saya lebih memilih waktu bila yang sesuai untuk menjadi extrovert. Semuanya depends kepada keadaan. So, please don't quick-jump-to-conclusion.
Dari dulu pun memang saya dah memilih untuk hidup berdikari. Baik dari segi kehidupan sosial, kerjaya mahupun financially. Semuanya sebab saya dah selalu sangat rasa dikecewakan bila dah terlalu mengharapkan kepada orang lain. Contoh, kalau dulu nak ke mana-mana saya akan harapkan kepada parents, adik, abang, kakak, boyfriend or kawan-kawan. So, setiapkali rasa nak keluar kena tanya kelapangan mereka atau kalau dah janji pun, kena menunggu...buang masa, letih dan sedih sangat. Bila dan selalu sangat dikecewakan, akhirnya one day saya nekad memandu sendiri...lagipun masa tu sebenarnya saya dah lama sangat ada lesen memandu tapi tak berani nak memandu...lebih-lebih lagi di KL ni.
Turning point saya, tahun 2007 bila saya akhirnya ditinggalkan oleh seseorang. Sejak itu, saya mula belajar untuk nekad berdikari. Saya mula memandu sendiri ke kelas dan rasa benar-benar bebas ke mana-mana. Lagi pula waktu tu, sebab terlalu kecewa dalam "cinta" tapi tak mahu tunjuk kat parents and family saya, jadi saya lepaskan perasaan saya dengan memandu...sambil memandu, sambil menangis sorang...dan pernah waktu tu, saya tak pernah pun sampai ke Putrajaya, alih-alih boleh sampai sana...lepas tu, sedar-sedar saya dah sampai ke Muar, Johor sorang-sorang.
Sejak insiden tu la, memandu dah jadi satu terapi buat saya hilangkan stress. Lagi saya stress, makin jauh la saya memandu sorang-sorang. Gamble aje. Bila diingat-ingat balik memang la tak elok...macam-macam risiko, takde pulak saya nak fikirkan dulu.
Now, lately ni pun sama jugak. Sejak saya nekad tak mahu lagi berhubungan dengan mantan bos or kawan-kawan dari ofis lama tu, saya dapat rasakan yang saya jauh lebih tenang. Bebas nak ke mana-mana, enjoy nak makan apa aje pun tak payah nak kesahkan member tu boleh makan ke tak. Lebih jimat pun iye jugak. Kalau dulu kena bajet untuk oranglen sama, now dapat belanje lebih banyak sorang-sorang.
Kalau orang tanya saya, tak sunyi ke sorang-sorang? sebab sesetengah orang anggap macam loser je kalau ke mana-mana seorang diri, tapi bagi saya itu bukanlah satu masalah yang besar. Selambe jelah beranikan diri nak pergi buat pedicure, menicure@BerjayaTimeSquare ke...shopping@Kenanga ke...beli barangan dapur@pasar chowkit ke..semuanya saya enjoy lakukan sendiri sepanjang long weekend sempena Deepavali ni..Semuanya yang saya nak buat, saya dapat buat... dengan masa saya sendiri....semua yang saya nak beli, saya dapat beli dengan duit sendiri...masa bila saya rasa nak rehat, saya bole rancang sendiri...
Yang penting apapun bahagia yang saya cari dalam bersendiri ini, saya akan selalu ingat bahawa saya sentiasa ditemani Ilahi....insha Allah.
No comments:
Post a Comment