Dinner mlm ni, melayan pembawakan tekak...lauk simple je, tp bila msk sendiri baru rasa heaven...okay la, utk mkn sendiri...bole repeat 2-3 kali or byk hari...sbb iols x reti msk portion sikit ni...
Kali ni saya masak lauk pucuk manis masak lemak putih berlabu dan sambal telur dan ikan bilis.. jadi ler...janji puashati
We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly...
Wednesday, March 6, 2019
Tuesday, March 5, 2019
citer eksiden - part 1 & 2
Part 1
Alkesahnya isnin lepas, gara-gara stress dgn bigbos pagi2 dah membebel..habis office hour, saya ajak officemate jalan-jalan ke KL..saje nak release stress...
Alkesahnya isnin lepas, gara-gara stress dgn bigbos pagi2 dah membebel..habis office hour, saya ajak officemate jalan-jalan ke KL..saje nak release stress...
Tapi tak sangka pulak makin bertambah stress..
Masa di Highway MEX, tengah berhenti sebab kesesakan jalan, tiba-tiba kereta kat belakang langgar kereta saya...aduhai... blank kejap tak tahu apa nak buat...
Officemate saya boleh pulak tanya, "kenapa dia nak langgar ko?!" Dan spontan tu saya jawab, "ada kereta yang tak sempat break la kot langgar dia kat belakang". Lepas tu officemate saya keluar dari kereta untuk tengok keadaan..saya menyusul kemudian sebab ambil masa untuk stabilkan emosi..haha
Peliknya bila dah keluar, tengok-tengok memang kereta kami berdua je yang terlibat. Dari situ officemate saya put pressure kat budak cina yang melanggar tu...last-last baru dia mengaku tak sengaja tekan pedal minyak sebab leka menjawap telefon bimbit..bila tahu je macam tu memang naik hantu la kami...budak tu lesen P lagi, tapi dah berlagak memandu sambil menggunakan telefon bimbit...macamana kami tak menyirap!! Tengok gaya macam student je...busy sangat ke sampai tak boleh nak buat call later...adoiii
Budak tu agaknya dah tak tahu nak buat apa, sebab officemate sy pun kemain garang...dia pun call la emak dia dan bagi saya bercakap dengan emak dia..dari perbualan dengan emak dia, dah terkantoi pulak yang dia menipu kami.. sebab sebelum tu dia kata emak dia call dan dia kena jawap call tu...masa saya cakap dengan emak dia, emak dia minta supaya saya tak buat report polis sebab lesen anak dia P lagi...taknak ada apa-apa effect..jadi, saya sergahlah emak dia, cakap "you dah tahu anak you masih lesen P and tengah drive, kenapa you still call dia?" Alih-alih emak dia cakap, "i mana ada call dia, dia yang call i baru ini sebab nak bagitahu dia accident".
Bertambahlah kemarahan saya...sebab budak tu, dah buat salah lepas tu nak menipu lagi...so akhirnya kami decide untuk settle di balai
Kemain gigih kami ke balai tun hs lee...tapi bila sampai giliran nak buat report, kat depan pegawai polis tu baru saya sedar lesen memandu saya dah expired masa birthday saya aritu..adushhh
Mujurlah polis tu tak saman saya. Dia kata balik dulu, esok pagi pergi renew lesen tu dan datang balik untuk buat report. Sebab boleh buat report dalam tempoh 24jam.
Masa saya beritahu officemate saya yang lesen saya dah mati, dia punya muka macam nak tumbuk saya. Ahaha. Tapi sebab benda dah jadi, saya abaikan la respons dia tu dan cuba fikirkan macam mana nak selesaikan hal renew lesen ni...tiba-tiba terlintas kat kepala nak try ke pejabat pos di midvalley sebab officemate saya kata dia check kat google, pejabat pos tu ditutup jam 10 malam. Tak lengahkan masa, kami terus berkejar ke midvalley...tapi kecewa sebab pejabat pos tu dah tutup jam 6 petang. Hurm tak ada rezeki...kena jugak settlekan keesokan hari.. padahal masing-masing banyak kerja lak tu...aduhai~
Part 2
So, pagi Selasa saya datang awal ke office. Sebab nak siapkan urusan kerja sebelum keluar uruskan hal renew lesen dan laporan polis tu. Sampai je kat office, kebetulan ada 2 orang staff saya dah sampai awal. Dua-dua share pengalaman masing-masing..alih-alih seorang staf saya sudi bantu untuk hantarkan saya ke jpj di galeria, putrajaya..kami bertolak seawal jam 7.30am sebab kata staff saya kalau sampai awal mungkin dapat selesai awal, tak ramai orang. Memang betul pun, masa saya sampai, dapat nombor ketujuh. Sebelum jam 8.30am urusan renew lesen tu dah selesai. Alhamdulillah.
Masa saya beritahu officemate saya yang lesen saya dah mati, dia punya muka macam nak tumbuk saya. Ahaha. Tapi sebab benda dah jadi, saya abaikan la respons dia tu dan cuba fikirkan macam mana nak selesaikan hal renew lesen ni...tiba-tiba terlintas kat kepala nak try ke pejabat pos di midvalley sebab officemate saya kata dia check kat google, pejabat pos tu ditutup jam 10 malam. Tak lengahkan masa, kami terus berkejar ke midvalley...tapi kecewa sebab pejabat pos tu dah tutup jam 6 petang. Hurm tak ada rezeki...kena jugak settlekan keesokan hari.. padahal masing-masing banyak kerja lak tu...aduhai~
Part 2
So, pagi Selasa saya datang awal ke office. Sebab nak siapkan urusan kerja sebelum keluar uruskan hal renew lesen dan laporan polis tu. Sampai je kat office, kebetulan ada 2 orang staff saya dah sampai awal. Dua-dua share pengalaman masing-masing..alih-alih seorang staf saya sudi bantu untuk hantarkan saya ke jpj di galeria, putrajaya..kami bertolak seawal jam 7.30am sebab kata staff saya kalau sampai awal mungkin dapat selesai awal, tak ramai orang. Memang betul pun, masa saya sampai, dapat nombor ketujuh. Sebelum jam 8.30am urusan renew lesen tu dah selesai. Alhamdulillah.
Saturday, March 2, 2019
Another staycation
Another staycation this year...kali ni kami stay di Renaissance Hotel KL untuk meneruskan misi che nad ke sukan komanwel..done brisk walk @pavilion ptg td..hihihi
Wednesday, February 27, 2019
Projek Air Mata Kucing
Ya Allah..rasa syukur sgt2. Dr semlm dok fikir nk buat lai chee kang..so, plan nk gi beli bhn2 lps ofis nanti...tp td lps setup blk mesy, singgah gerai buah kt ofis ni..alih2 jumpa mata kucing, kurma merah n gula kundur ni..terus beli...takyah dah p mall lps ofis ni...Alhamdulillah. Mcm heaven btl la ofis sy ni..apa sy nk slalunya dpt je..lps ni nk wish jumpa jodoh dgn hans isaac la kt mof ni..mana la tau masin mulut ni kan 😉 ahaks! Sayg mof ketat2...kalau bole rs nk peluk bangunan ofis ni...seb baik la besar...ahahaha
Monday, February 25, 2019
Port Lepak Baru di Ofis
Sekarang ni dah ada port baru untuk lepak di ofis. Sebab Gloria Jeans Coffee dah buka cawangan di lobi ofis. So, lepas ni kalau nak minum kopi tak payah la saya nak drive keluar ofis sebab dah boleh beli je GJC ni. Masa majlis perasmian pembukaan cafe ni secara rasmi, saya berpeluang untuk join sekali. Bukan sahaja dapat makan free, kami juga dapat secawan coffee free...
Saturday, February 23, 2019
Saturday, February 9, 2019
Hadiah bufday feveret...
Dapat hadiah bufday dari bunda, Puan Siti... set pinggan mangkuk antik corak bunga kangkung yang dah bertahun lama saya cari untuk buat koleksi sendiri...
Dulu arwah uwan (nenek sebelah mama) ada bagi satu pinggan..itu la yang saya guna untuk makan hari-hari...makan sambil feeling-feeling "bawang putih, bawang merah"..hahaha...tapi lepas family saya pindah-randah entah mana la pinggan tu..dah pecah agaknya...
Terima kasihlah kat pn siti sebab hadiahkan saya set ni...makin bertambah semangat la nak makan lepas ni...hehehe
Friday, February 8, 2019
Berjimba di Pavilion
Sementara masih cuti sekolah kan jalan clear lagi, so semalam lepas ofishour kami pun decide nak jalan-jalan di KL... tapi as usual, takde plan nak ke mana pun...kejap nak ke midvalley, tiba-tiba tengah jalan tukar plan ke nak ke sogo pulak...alih-alih salah amik jalan sebab traffic light tu dah ta boleh nak buat right turn...so, tukar lagi plan...akhirnya kami ke Pavilion...sebab hujan lebat giler semalam. KL kan kalau hujan lebat semacam, air naik bertakung kt jalan...tapi Alhamdulillah, cepat jugak kami dapat masuk ke parking dan selamat sampai ke pavilion tu...
Masih mood cuti CNY...jadi deco pun masih ada lagi, siap bole tempah baju tradisi chinese lagi...ada lion dance bagai...nice...
Kami pun macam biasalah...bergambar lagi dan lagi dan lagi...
Yang bestnya kat pavilion ni, ada kedai-kedai choc yang saya suka Patchi...cuma ingatkan dapatlah beli sikit untuk lepas kempunan...tapi masalahnya, salesgirl kat situ buat tak reti je kat saya...as if saya ni tak berduit sangat nak membeli...dia dok layan 2 orang nyonya yang nak beli kat situ je...lama kot dorang dok memilih...malas betul nak tunggu...menyampah~
Last-last kami jumpa kedai godiva...dapat la jugak membeli choc akhirnya...sebab salesperson kat situ tak sombong dan ramah melayan...
Jadi, moralnya...kalau ramah, murahlah rezeki...
Last-last kami jumpa kedai godiva...dapat la jugak membeli choc akhirnya...sebab salesperson kat situ tak sombong dan ramah melayan...
Jadi, moralnya...kalau ramah, murahlah rezeki...
Wednesday, February 6, 2019
Ala-ala macgyver 😉
Alkisahnya hari tu, pintu bilik tidur saya rosak. Habis terkunci tak dapat nak masuk. Berpeluh jugaklah karate nak bukak balik pintu bilik tu...sudahnya, habis rosak tombol pintu tu saya kerjakan...
So, sempena cuti panjang Chinese New Year ni la baru saya ada masa nak pergi beli tombol baru untuk repair tombol pintu yang rosak tu. Haa...jangan terkejut ye. Saya boleh repair sendiri tombol pintu tu...saya belajar dari youtube je...sebenarnya dah lama saya belajar dan pernah repair sendiri untuk ganti tombol pintu..
Teringat dulu masa first time berjaya repair tombol pintu tu, saya masih kerja di cabby.net...masa tu ayahanda SUB saya nampak risau sungguh...sebab dia kata, dia risau kalau saya dah terlalu independent boleh repair itu ini sendiri, nanti lama-lama risau saya akan rasa takde keperluan untuk cari pasangan hidup...sebab dah terlampau biasa berdikari...fuhhh, sampai ke situ difikirnya....tapi bila difikir-fikirkan balik, macam ada kebenarannya....
Cuma...apekandaya, jodoh kan rahsia Allah. Selagi belum bertemu jodoh, saya kenalah berdikari untuk survive...betul tak? 😉
Deco tanpa cela
Dah lama sebenarnya saya nak deco dinding kat runah dengan frame-frame motivational or islamic yang cantik-cantik...tapi risau dinding x cantik kalau digerudi...tak pandai gerudi pun iye jugak...
Sebelum ni jenuh la tekan frame dengan post-it tack...kalau nasib baik, elok la frame tu tergantung...kalau tak, standby la frame tu jatuh...
Tapi lepas terbaca kat satu blog ni pasal sticker command ni, terus gigih cari. Baru tahu rupanya sticker ni kita boleh beli ikut berat frame tu untuk make sure frame atau apa sahaja yang kita nak gantung tak terjatuh..menarik kan?
Lebih menarik lagi bila kita berjaya gantung segala hiasan yang kita nak di dinding...satu kepuasan juga dapat deco rumah kita tanpa apa-apa cacat cela...
Lagi best...esok-esok bila kita nak tanggalkan frame tu, mudah sahaja...ada diajar pada pek tu...senang sangat...tinggal tarik je sticker tu...
Tercapai juga impian saya untuk beli dan gantung frame kalimah Allah dan Muhammad SAW ni...nanti nak cari ayat-ayat suci Al-Quran pulak...
Wish me luck...
Tuesday, February 5, 2019
My family portrait 😉
Semalam kami adik-beradik berkumpul di rumah arwah parents kami. Asalnya sebab ada staff puspakom nak datang rumah untuk buat inspection kereta-kereta arwah abah yang dah lama kami tak sempat nak urus renew roadtax..tapi dah alang-alang datang rumah tu, kami pun berkemas la apa-apa yang patut..ambil barangan seperti pinggan mangkuk, barang hiasan dan cuci langsir, alas meja, cadar dan sarung bantal&kusyen semuanya...
Tengah berkemas, terjumpa koleksi gambar kami sekeluarga...siap ada family tree lagi...maybe tu hasil tangan arwah abah kot..
Nampak tak siapa yang paling retis dalam gambar tu...ahahaha...
![]() |
| My Sis and I...macam baju je yang sama kan...haha |
![]() |
| My parents masa muda-muda... |
Marah betul my abang bila saya post gambar family tree ni kat status wassup...ahaha
Sunday, February 3, 2019
Today is my bufday...
Mlm td tiba-tiba batchmates ajak mengeteh kat kelana jaya la plk...my friend si mamat tu gigih amik kat umah...cuma yang geramnya dia bagi 10 minit je untuk bersiap...and i was like, "whatttt...??" Hahaha...tapi nasib baik jugakla dia sesat...sempat la jugak nak bersiap elok2..haha
![]() |
| Sesekali dapat jumpa anak-anak saudara ni, baru sedar...dah makin besar masing-masing. Yang sulung, abang ajim pun dah kemain besar dari achik dia ni..fuhh |
![]() |
| Anak saudara yang paling kecik ni jelah yang masih kecik saiznya..tapi mood dia okay hari ni...pantang sua camera je kemain lagi dia happy dok posing... |
![]() |
| Sesi mengopi kami kat starbuck je...sebab anak-anak saudara semuanya memang dari kecik memang dah addicted to starbucks ni...aduhai...sabo jelah.. Anyway....thank you semua atas doa, ingatan dan semua birthday wish...happiest 4 series so far...thank you so much...lots of love!!! Muahhhh.... |
Friday, February 1, 2019
Menjelang Feb & CNY..
Pejam celik, pejam celik tak lama lagi dah nak masuk bulan Februari...bulan favourite saya...sebab saya lahir di bulan ini juga...dan biasanya CNY pun jatuh dalam bulan ni juga..jadi, biasanya rezeki saya lebih murah dalam bulan ni...dapat hadiah, dapat kek, dapat limau etc...
Yang ni, pemberian my chinese neighbour. Gigih dia tunggu saya balik dari office kat depan rumah sebab nak hantarkan limau-limau ni...ni la orang kata the beauty of living in Malaysia...multi-racial...pelbagai perayaan kita dapat raikan dan rayakan bersama-sama dalam keharmonian dan kemeriahan tersendiri...
Sebenarnya bila umur dah makin berusia ni, saya jadi kurang excited pulak nak makan limau2 mandarin ni...jadi, bila orang bagi 2 biji pun dah rasa banyak..
Tak apalah...rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...boleh je buat kudapan sambil menonton depan tv nanti...😉
Tuesday, January 1, 2019
Susun koleksi tudung...
Salah satu azam tahun baru 2019 saya ialah untuk lebih organize. Especially bila dah pindah balik kerja di Putrajaya ni..lebih banyak masa untuk spent di rumah kan...dah takde penat nak travel ulang-alik kerja di KL...
Salah satu yang memang hati geram sangat nak organize ialah segala tudung bawal & shawl yang ada....sebab banyak sangat...ada di merata tempat kat rumah ni...tapi yang malasnya, bila nak pakai susah betul nak cari or pakai je yang senang mata nak nampak...so, saya decide untuk letak semuanya setempat dan susun accordingly supaya senang bila nak pakai kan...
Ops susun tudung & shawl ni dimulakan dengan pencarian di google, solution terbaik nak organize tudung2 ni. Dari google ni la baru saya tahu tentang hanger mini shawl ni...kebanyakannya jual online...tapi sebab saya ni tak pandai onlibe shopping dan takde kesabaran nak tunggu barang sampai, saya pun google la kedai mana yang ada jual...alhamdulillah, ada kedai yang jual mini hanger ni kat satu tempat yang saya familiar nak pergi..
Yang lawaknya, saya siap minta kebenaran bos untuk balik awal dari ofis sebab nak ke KL. Maklumlah KL ni kalau time peak hour memang jem tahap nauzubillah...so, terpaksalah keluar awal...lagipun kedai tu tutup pukul 7ptg..
Bila dah dapat beli, balik rumah sampai2 je lepas mandi+solat bagai, terus gigih lipat segala tudung & shawl yang ada...
Saya susun secara berasingan plain shawl, printed shawl dan tudung bawal.. total yang telah disusun setakat ini: 34×4=136. Jumlah ni tak termasuk tudung2 yang telah saya iron dan yang belum cuci lagi ye...
Bila tengok semua yang dah tersusun tu, terus insaf...banyak jugak rupanya koleksi tudung & shawl yang saya ada...lepas ni sata kena berpuasa dari membeli tudung or shawl baru untuk satu tempoh sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak...hahaha
Saturday, December 22, 2018
Back-to-school Shopping
Biasalah...tiapkali hujung tahun, parents memang kalutlah dengan back-to-school shopping. Nowadays, kalau bab berbelanja keperluan sekolah anak-anak memang boleh pitam. Bukan sikit-sikit duit nak dipakai. Keperluan uniform sekolah macam beg, kasut, pakai sukan, uniform sekolah agama lagi, semua tu je silap-silap habis duit gaji sebulan.
So, my abang come out dengan idea out-of-box dia, minta adik-adik yang masih bujang ni sponsor...pakat-pakat la masing-masing sponsor sorang 1 set... sebab uniform sekolah kalau campur sponsor, average boleh dapat 4 helai baju..hahaha..gitulah sepakat membawa berkat...rezeki secupak, jadi segantang...tapi sebab saya sendiri masih bujang dan takde tanggungan, dan kebetulan ujung tahun dapat bantuan khas RM500, dapatlah sponsor lebih...sebab kan dah kata, dalam rezeki kita ni, ada rezeki untuk orang lain sama...anggap la, tu semua rezeki budak-budak tu...family sendiri jugak kan..?
Kami shopping @The Curve, Damansara je...senang untuk semua datang. Kami dah biasa lepak situ pun...boleh kata dah tahu mana nak tuju kalau nak cari barang. Membeli barang-barang sekolahnya, sekejap je. Nampak, try, masuk troli, lepas tu bayar. Yang lamanya sebab lepas beli barangan sekolah tu, kami lepak makan-makan...borak-borak...maklumlah, walaupun masing-masing semua stay dekat tapi bukan selalu dapat jumpa. Kesempatan yang ada ni la baru dapat bonding together.
Abang saya kata, saya ada masalah psikologi sebab suka selfie. ahahaha. lantaklah nak kata apa, janji dapat ambil gambar deco cantik-cantik... memang selalunya saya suka ke mall time hujung-hujung tahun sebab deco untuk perayaan Krismas memang selalunya cantik-cantik...rasa magical kan dengan lampu-lampu hiasan berwarna-warni...
Habis anak-anak sedare saya pun terjebak sama...
![]() |
| Masuk ni dah kali ketiga kami lepak minum. Yang ni lepak @Juiceworks pulak... |
![]() |
| Sebelum ke Cineplex, amik gambar depan Starbucks..ada buaian la plk...hahaha |
Thursday, December 20, 2018
Year end hangout...😉
Semalam hangout dgn ex-bos secara impromptu. Masa nak keluar lunch dgn ofismate, tiba-tiba teringat pula nak ajak ex-bos tu sama. Memang rezeki la, bila call dia maklumkan yang dia baru habis exam ELPA di Menara Seri Wilayah, betul-betul seberang je dari ofis kami. So, my ofismate ape lagi terus pecut bumblebee dia utk amik ex-bos saya tu...kemain la kami hangout bergelak sakan bagai...
Lepas ofis, sambung hangout lagi...amik dia kat ofis and terus pecut ke kl. Memang kami plan nak ke midvalley...saje window shoping...nak tengok2 apa yg menarik especially deco sempena Xmas ni kan...
Alih-alih bila dah sampai midvalley, exbos tu kata kwn anak2 dia nak belanje makan and suh kami tunggu, dorg akan join kami. Alhamdulillah, dapatlah tumpang rezeki dorg. Selesai dinner, sambil2 jln nk turun tu...kami pun singgahlah setiap deco yang cantik-cantik tu utk bergambar...okay, layan gambar ye...
Subscribe to:
Posts (Atom)























































